Populasi Orang Islam :
1. Afghanistan 100%
2. Albania 75%
3. Algeria 99%
4. Angola 25%
5. Argentina 2%
6. Australia 2.09%
7. Azerbaijan 93%
8. Bahrin 100%
9. Bangladesh 85%
10. Bhutan 5%
11. Brazil 0.6%
12. Burma 10%
13. Canada 1.48%
14. Cntral africn rpblc 55%
15. China 11%
16. Egypt 94%
17. Ethopia 65%
18. Fiji 11%
19. France 7%
20. Georgia 11%
21. Germeny 3.4%
22. Greece 1.5%
23. Guinea 95%
24. Guyana 15%
25. Hongkong 1%
26. India 14%
27. Indonesia 95%
28. Iran 99%
29. Iraq 97%
30. Isreal 14%
31. Italy 1%
32. Japan 1%
33. Jordan 95%
34. Kenya 30%
35. Kuwait 89%
36. Lebanon 70%
37. Libya 100%
38. Maldives 100%
39. Malasiya 52%
40. Mauritius 19.5%
41. Mayotte 99%
42. Nigeria 75%
43. Oman 100%
44. Pakistan 97%
45. Phillipines 14%
46. Qatar 100%
47. Romania 20%
48. Russia 18%
49. Saudi arab 100%
50. Singapore 17%
51. Somalia 100%
52. Sri lanka 9%
53. Sudan 85%
54. Syria 90%
55. Tazakistan 85%
56. Tanzania 65%
57. Thiland 14%
58. Tunisia 98%
59. Turkey 99.8%
60. UAE 96%
61. UK 2.5%
62. USA 3.75%
63. Uzbekistan 88%
Di manakah rasul2 diutuskan :
Adam(A.S) - Sri Lanka
Nooh(A.S) - Jordan
Shoaib(A.S) - Syria
Saleh(A.S) - Lebanon
Ibrahim(A.S) - Israel
Ismail(A.S) - Saudi Arabia
Yakoob(A.S) - Palestin
Ishaq(A.S) - Palestin
Yusuf(A.S) - Palestin
Looth(A.S) - Iraq
Ayub(A.S) - Amman
Hood(A.S) - Yamen
NABII MUHAMMAD (S.A.W) - Saudi Arabia
Umur para Rasul & Nabi :
Adam(A.S) - 1000 Yrs
Nooh(A.S) - 950 Yrs
Shoaib(A.S) - 882 Yrs
Saleh(A.S) - 586 Yrs
Zakariyya(A.S) - 207 Yrs
Ibrahim(A.S) - 195 Yrs
Sulaymaan(A.S) - 150 Yrs
Ismail(A.S) - 137 Yrs
Yakoob(A.S) - 129 Yrs
Musa(A.S) - 125 Yrs
Ishaq(A.S) - 120 Yrs
Haroon(A.S) - 119 Yrs
Yusuf(A.S) - 110 Yrs
Eesa(A.S) - 95 Yes
NABII MUHAMMAD(S.A.W) - 63 Yrs
Isnin, 16 September 2013
Ahad, 8 September 2013
Awas! Penyegar Udara Berbahaya
Penyegar udara yang diletakkan di dalam kereta boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan tanpa kita sedari.
PETALING JAYA: Penyegar udara yang sering diletakkan di dalam kereta kita ataupun di rumah mungkin berbau nyaman tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan tanpa kita sedari.
Enam produk penyegar udara yang biasa digunakan yang ditemui di pasar raya dan kedai di seluruh negara telah diuji oleh sekumpulan pengguna, mengandungi empat bahan kimia berbahaya iaitu - toluena, benzena, formaldehid dan phthalates.
Kesemua produk didapati mengandungi salah satu daripada bahan kimia terbabit pada paras tertinggi dengan phthalates - bahan mengganggu sistem endokrin (EDS) - terkandung dalam empat daripada enam produk tersebut.
Pendedahan dalam tempoh yang lama kepada EDS boleh menjejaskan sistem imun dan otak.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajan yang menjalan ujian itu, EDS boleh menyebabkan lelaki berkelakuan lebih feminin dan sebaliknya.
"Ia juga boleh membantutkan perkembangan organ-organ penting dan menyebabkan keguguran. Tahap kerosakan, bagaimanapun, bergantung kepada kesihatan individu, dengan wanita hamil dan kanak-kanak berdepan risiko tinggi," katanya.
Ratna berkata sesetengah penyegar udara ditemui mengandungi campuran beberapa jenis phthalates yang jauh lebih berbahaya.
Dua daripada penyegar udara ditemui mengandungi toluena yang boleh merosakkan hati, buah pinggang dan otak jika terdedah terlalu lama kepada produk itu.
Persatuan itu turut menemui penyegar udara buatan tempatan mengandungi bahan kimia yang tinggi iaitu toluena dan tiga jenis phthalates.
Ratna menjelaskan kebanyakan orang di luar sana terutama di kawasan bandar menghabiskan beberapa jam dalam kereta setiap hari, menghidu bahan kimia dari penyegar udara itu.
"Sekurang-kurangnya, bahan kimia ini boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan kemurungan," katanya.
Apabila berada dalam persekitaran yang terhad seperti di dalam kereta dengan udara segar yang amat sedikit, beliau berkata bahan kimia itu lebih berbahaya.
Ratna berkata mereka masih menunggu data mengenai had dan praturan penyegar udara dari pengawal selia tempatan serta negara-negara lain untuk melakukan perbandingan.
Beliau menasihatkan para pengguna untuk mengelakkan penggunaan penyegar udara terlalu kerap dan memilih pengudaraan secara semula jadi dan mementingkan kebersihan di rumah. Ratna mencadangkan alternatif semula jadi seperti daun pandan, serai dan arang. sumber the star
Rehda Dibidas Umum Harga Rumah Naik 10 Peratus
ALOR SETAR: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini membidas Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (Rehda) yang mengumumkan kenaikan harga rumah tanpa berbincang dengan pihaknya.
Sambil menyifatkan kenyataan itu tidak bertanggungjawab, Abdul Rahman berkata alasan Rehda bahawa kenaikan harga rumah berkenaan disebabkan pengurangan subsidi petrol dan diesel sebagai tidak munasabah.
"Kita juga mempunyai formula kita sendiri dan kita rasa pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen tak boleh diterjemahkan kepada kenaikan sehingga 10 peratus harga rumah.
"Saya juga tahu kos struktur dan sebagainya, kita jangka kalau naik pun maksimum lima peratus. Ini akan membimbangkan rakyat yang dalam keadaan berdepan dengan kos kehidupan tinggi di bandar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti bersama beliau, di sini, Ahad.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Rehda Datuk Seri Michael Yam Kong Choy pada Khamis yang dilapor berkata peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen dijangka menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus.
Mengenai makmal perumahan yang diadakan baru-baru ini, Abdul Rahman berkata pihaknya telah mengumpul fakta serta maklumat penting berkaitan isu itu.
"Kami sedang menyediakan laporan untuk diserah kepada Perdana Menteri dan kami ada pertemuan pada Khamis ini khusus bagi membincangkan bagaimana untuk mengurangkan harga rumah ataupun mengawalnya," katanya.
Dalam perkembangan lain beliau memberitahu kementeriannya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk membina ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kedah di Suka Menanti dekat sini.
Beliau berkata pembinaannya akan bermula tahun depan dengan kos permulaan RM8 juta dan selebihnya akan disalur secara berperingkat.
"Dengan adanya balai baharu ini diharap dapat memberi khidmat terbaik untuk rakyat," katanya. BERNAMA
Selipar jamban jadi mas kahwin
Kuala Lumpur: Selipar terpakai, duit RM2, sudu, buku atau apa saja barang yang ada ketika majlis akad nikah dijalankan, boleh dijadikan mas kahwin. Lebih memalukan, ada antara pernikahan itu hanya sah selama 30 minit. Selepas tempoh itu, pasangan berkenaan akan bercerai secara automatik.
Majlis pernikahan secara mutaah (kontrak) ini mungkin perkara biasa di negara yang majoriti penduduknya pengikut Syiah seperti Iran dan Iraq. Bagaimanapun, pernikahan yang sekadar mahu menghalalkan zina ini turut berlaku di Malaysia.
Ini diakui Suhana, 34, yang pernah tiga kali bernikah secara mutaah sepanjang dua tahun menjadi pengikut Syiah sebelum bertaubat setahun lalu.
Katanya, kali pertama dia berkahwin secara mutaah untuk tempoh empat bulan, kedua tiga minggu dan kali ketiga bagi tempoh dua bulan.
Suhana berkata, dia yang sebelum itu janda anak tiga, dipelawa mengikuti kumpulan Syiah itu menerusi kenalan lelakinya yang juga rakan perniagaan.

Sabtu, 7 September 2013
Perdana Menteri Potong Gajinya 30 Peratus Demi Rakyat
Perdana Menteri Jual Pesawat Untuk Beri Rakyat Makan
Kerajaan Malawi menjual pesawat presiden untuk memberi makan lebih dari 1 juta rakyatnya yang kelaparan.
Dana yang diperoleh daripada jualan pesawat itu sebesar USD15 juta. Bahkan puluhan kereta mewah para menteri juga terpaksa dijual untuk menyokong program ini.
Presiden Joyce Kota menjadikan jualan pesawat tersebut sebagai prioriti pemerintahannya.
"Dana USD15 juta yang kami dapat dari penjualan jet presiden akan digunakan untuk membeli jagung tempatan untuk membantu memberi makan rakyat yang menderita, dan sebahagian lagi digunakan untuk pengeluaran kacang," kata juru cakap Kementerian Kewangan Malawi Nations Msowoya seperti dilaporkan oleh The Nation, Jumaat (6/9/2013).
Jualan pesawat kepada syarikat Virgin Islands, Bohnox Enterprise itu telah diumumkan Mei lalu. Jet mewah itu dapat mengeringkan perbendaharaan negara.
Sebabnya, kos penyelenggaraan dan insurannya mencapai USD300 ribu setahun.
Kerajaan Malawi pernah membuat negara-negara bantuan barat berang kerana ketika presiden terdahulu, mendiang Bingu Wan Mutharika telah membeli 14 pesawat penumpang Dassault Falcon 900EX pada tahun 2009 yang menyumbang 40 peratus daripada bajet.
England, penderma bilateral utama Malawi mengkritik pembelian pesawat tersebut. England bahkan mengurangkan bantuan untuk pemerintahan Mutharika hingga 3 juta pounds.
Keadaan ini menimbulkan goncangan ekonomi di tengah kelaparan yang melanda negeri itu.
Namun Kota yang menggantikan Mutharika yang meninggal akibat serangan jantung pada April 2012, mendapat pujian penderma Barat atas langkah-langkah penjimatan yang dilakukannya.
Wanita itu bahkan telah menurunkan gajinya sebanyak 30 peratus dan berjanji akan menjual 35 kereta negara Mercedes Benz yang digunakan para menteri kabinet. ~detik news

Jumaat, 6 September 2013
10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi
segera anda.
1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk
memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun
serangga.
4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum;
satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh
memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan
menghalang pengeluaran sperma.
7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering
digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam
pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi.
Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang
berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang
diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat
dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine):
Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut
menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin
menjadi penyebab kanser.
Terdapat
kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas
dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang
melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.
Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda,
kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk
mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan
kanak-kanak?
Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan
nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu.
Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh
mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda
para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan
makanan lain yang lebih berkhasiat.
16 Fakta Menarik Tentang Bayi Baru Lahir Yang Perlu Kita Ketahui
1# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia
6 bulan
2# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
3# Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
4# Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
5# Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
6# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
7# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
8# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
9# Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
10# Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
11# Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
12# Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
13# Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
14# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
15# Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
16# Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Langgan:
Catatan (Atom)