Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Ahad, 26 Mei 2013

Fadhilat Al-Fatihah Merawat Bisa Tebuan



Dalam sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri r.a. ia menjelaskan adanya satu kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang keluar pergi musafir. Di tengah perjalanan mereka telah singgah di sebuah perkampungan Badwi. Mereka telah meminta makanan, tetapi penduduk kampung tersebut enggan memberinya.

Dengan takdir Allah s.w.t., tidak lama setelah itu, ketua kampung berkenaan telah disengat binatang. Mereka telah berusaha untuk mengubatinya tetapi gagal. Sesetengah daripada mereka mencadangkan agar mereka meminta pertolongan daripada kumpulan orang Islam yang singgah di kampung tadi. Mungkin mereka boleh membuat sesuatu untuk merawat. Mendengarkan harapan yang begitu tinggi terhadap mereka, sebahagian daripada orang Islam tadi memberitahu bahawa mereka boleh menolongnya, tetapi oleh kerana penduduk tersebut pernah menolak permintaan mereka sebelum itu, mereka tidak akan menolongnya kecuali setelah berjanji memberi upah.

Rombongan itu bersetuju atas permintaan tadi untuk memberi beberapa ekor kambing. Orang Islam yang berkenaan datang menemui ketua kaum yang sedang sakit, lalu dihembusnya dengan air ludah pada tempat yang sakit tadi sambil membaca: “AlhamdulilLah”. Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa doa yang dibaca ialah Surah al-Fatihah lalu perawat tadi mengumpulkan air ludahnya dan dihembuskan, menyebabkan pesakit beransur sembuh. Dalam satu riwayat lain, dijelaskan bahawa upah yang diberi ialah tiga puluh ekor kambing.

Keterangan hadis ini memperlihatkan bahawa Surah al-Fatihah itu amat besar fadilatnya, di antaranya ialah untuk merawat pesakit akibat terkena racun, seperti disengat kala jengking, lipan dan sebagainya.

Kopi Najis Gajah Kopi Termahal Di Dunia


BANGKOK - Kopi najis gajah menjadi tarikan baru di utara Thailand kerana ia menjadi minuman kafein termahal di dunia pada masa ini selepas ia dijual AS$1,100 (RM3,361) sekilogram dan AS$50 (RM153) secawan.

Kopi Black Ivory itu menjadi minuman eksotik baru dihasilkan daripada biji kopi yang dikeluarkan menerusi najis haiwan mamalia tersebut.

Ia telah mula dipasarkan di beberapa hotel mewah di seluruh dunia termasuk di Maldives dan Abu Dhabi di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Difahamkan, ia melalui proses sama seperti penghasilan kopi luwak dan rasanya tidak sepahit kopi biasa.

Makna Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Hukum Lelaki Memakai Emas Putih Dan Platinum

Adakah dibenarkan seseorang lelaki memakai emas putih dan platinum seperti yang terdapat di pasaran sekarang?

Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarkan begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-
Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)
Tetapi Ibnu Majah menambah: "halal buat orang-orang perempuan."
Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda:
"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)
Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, iaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

Sabtu, 25 Mei 2013

Koleksi Surat Rasulullah Kepada Pemerintah Dunia



Koleksi Surat Rasulullah Kepada Pemerintah Dunia | Di antara kaedah dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk menyebarkan Islam ialah dengan menghantar surat-surat kepada raja-raja dan pemerintah-pemerintah sesebuah negara.

Lewat tahun enam Hijrah, apabila kembali dari Hudaibiyah, Nabi Muhammad s.a.w memutuskan untuk menghantar mesej kepada raja-raja di luar Arab Saudi menyeru mereka kepada Islam. Dalam usaha untuk mengesahkan kelayakan kerasulan beliau, cop mohor perak telah dibuat di mana telah terukir kata-kata: "Muhammad Rasul Allah" (Sahih Al-Bukhari 2 / 872, 873).

Surat-surat itu diterima baik oleh mereka kecuali Raja Parsi yang telah merobek-robek surat selepas membacanya.





1 - Surat kepada Raja Najasyi @ Negus - Habsyah (Ethiopia)

Isi surat 
Dari Muhammad utusan Islam untuk An-Najasyi, penguasa Abyssinia (Habsyah / Ethiopia). Salam bagimu, sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, dan aku bersaksi bahawa Isa putera Maryam adalah roh dari Allah yang diciptakan dengan kalimat Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam yang terpilih, baik dan terpelihara. Maka dia hamil kemudian diciptakan Isa dengan tiupan roh dari-Nya sebagaimana diciptakan Adam dari tanah dengan tangan Nya. Sesungguhnya aku mengajakmu ke jalan Allah. Dan aku telah sampaikan dan menasihatimu maka terimalah nasihatku. Dan salam bagi yang mengikuti petunjuk. [Zaadul Ma'ad 3/61].

Kisahnya
Ketika Rasulullah s.a.w menulis surat kepada Raja Najasyi yakni Ashhamah bin Al-Abjar dan menyerunya kepada Islam. Raja An-Najasyi mengambil surat itu, lalu meletakkan ke wajahnya dan turun dari singgahsana. Beliau pun masuk Islam melalui Ja’far bin Abi Thalib r.a.

Beliau lalu mengirimkan surat kepada Rasulullah s.a.w dan menyebutkan tentang keislamannya.Raja Najasyi akhirnya meninggal dunia pada bulan Rejab tahun ke-9 Hijriyyah. Rasulullah s.a.w memberitakan hal itu pada hari wafatnya lalu melakukan solat ghaib untuknya. Beliau juga mengkhabarkan bahawa Raja Najasyi kelak akan masuk syurga.




2 - Surat kepada Raja Al-Muqawqis @ Binyamin - Mesir (Egypt)

Isi surat
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad bin Abdullah utusan Allah, untuk al-Muqawqis penguasa Mesir yang agung. Salam bagi siapa yang mengikuti petunjuk. Selain dari pada itu, aku mengajakmu kepada panggilan Allah. Peluklah agama Islam maka kamu akan selamat dan Allah akan memberikan bagimu pahala dua kali. Jika kamu berpaling maka kamu akan menanggung dosa penduduk Mesir.“

Kisahnya
Setelah al-Muqawqis membaca surat Nabi saw, dia membalas surat baginda dan memberi kepada baginda dua hadiah. Hadiah pertama berupa dua hamba belian bernama Mariah binti Syamu’n al-Qibthiyyah yang dimerdekakan Nabi s.a.w dan menjadi isteri beliau, darinya Rasulullah s.a.w mendapat seorang anak yang diberi nama Ibrahim (wafat semasih kecil), nama ini diambil dari nama moyang beliau Nabi Ibrahim a.s. Dan hamba kedua adiknya sendiri iaitu Sirin binti Syamu’n Al-Qibthiyyah.Hadiah kedua pula berupa kuda untuk tunggangan baginda


SUMBER

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dalam Islam


Cara Mandi Wajib Yang Betul Dalam Islam | Berikut merupakan artikel berkenaan cara mandi wajib (hadas besar) yang betul dan sempurna diambil dari blog Laman Soal Jawab Agama. Semoga bermanfaat kepada kita semua.

Soalan; macam mana mandi hadas besar dgn betul, mudah dan mengikut Sunnah Nabi. blhkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dal hal ini.

Jawapan;

Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a sebagaimana berikut;

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya” (HR Imam Muslim).

Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas seperti berikut;

1. Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.

2. Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.

3. Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.

4. Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.

5. Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.

6. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.

7. Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.

8. Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.

Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan, tidaklah perlu mengulangi wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib. Namun jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan.

Walahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/230.



MANDI HADAS DENGAN SHOWER DAN BILANGAN JIRUSAN 

Soalan; Assalamualaikum, Ustaz, Adakah sah mandi hadas dengan "shower"? dengan meratakan air ke seluruh badan sahaja tetapi tidak ade bilangan jirusan. Jika tidak sah, apa yang sepatutnya saya buat. Terima kasih. Hamba Allah yang keliru

Jawapan;

Para ulamak mereka membahagikan perbuatan-perbuatan yang perlu dilakukan di dalam ibadah (solat, puasa, haji, mandi hadas dan sebagainya) kepada dua kategori;
1. Perbuatan-perbuatan rukun
2. Perbuatan-buatan sunat

Perbuatan-perbuatan rukun jika ditinggalkan akan menyebabkan ibadah rosak dan batal. Adapun perbuatan-perbuatan sunat jika ditinggalkan tidaklah menyebabkan ibadah rosak dan batal, akan tetapi akan mengurangkan pahala ibadah.

Bagi mandi hadas/wajib, perbuatan-perbuatan rukun ialah;
1. Berniat mandi hadas
2. Meratakan air ke seluruh badan.

Jika seseorang mandi dengan menyempurnakan dua perkara di atas, sahlah mandi hadasnya. Pertama, ia berniat di dalam hati ketika mandi itu bahawa mandi yang dilakukannya itu adalah bertujuan untuk menghilangkan hadas (bukan mandi biasa). Kedua, ia meratakan air ke seluruh badannya termasuk celah-celah rambut dan kawasan-kawasan yang berlipat di badan. Cara bagaimana ia mandi (sama ada dengan menyelam atau menjirus atau berdiri di bawah shower atau air terjun) tidaklah menjadi syarat asalkan air merata ke seluruh badan (dari hujung rambut hingga ke hujung kaki). Begitu juga, tidak disyaratkan bilangan jirusan tertentu. Jika dengan sekali jirusan sudah dapat meratakan air ke seluruh badan, memadai dengannya. Jika tidak, perlulah diulangi jirusan hingga diyakini air telah sampai ke serata badan. Namun, makruh mandi dengan terlalu banyak air hingga menimbulkan israf (pembaziran). Di dalam hadis, diceritakan bahawa; “Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- mandi dengan hanya segantang air sahaja” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Anas. Lihat hadis ini dalam Bulughul-Maram, bab al-Wudhu’).

Itu adalah had wajib yang mesti dilakukan ketika mandi hadas. Adapun jika ingin mendapat pahala yang sempurna, hendaklah melakukan juga perbuatan-perbuatan yang disunatkan semasa mandi. Menurut mazhab Syafiie, di antara perbuatan yang disunatkan ketika mandi hadas ialah;

1. Membaca Bismillah.

2. Dimulai dengan membasuh kedua tangan.

3.Menggunakan tangan kiri ketika membasuh kemaluan dan ketika menghilangkan najis di badan jika ada.

4. Mengambil wudhuk sebelum mula mandi.

5. Mandi dari atas ke bawah; yakni dari kepala turun ke kaki.

6. Menggosok celah-celah rambut dengan air, kemudian menjirus air ke kepala dengan tiga kali cebukan air.

7. Mandi dari sebelah kanan, kemudian baru kiri, yakni menjirus badan sebelah kanan dahulu, baru sebelah kiri.

8. Mengulangi mandi sebanyak tiga-tiga kali bagi setiap anggota.

9. Menggosok-gosok badan dengan tangan ketika mandi.

10. Menyelati celah-celah jari tangan dan kaki (jika dikhuatiri air tidak sampai tanpa diselati, wajiblah melakukannya).

11. Membaca doa apabila selesai mandi sebagaimana doa selepas mengambil wudhuk.

Wallahu a’lam.

Gambar Super Awesome Yang Akan Membuatkan Anda Berkata "WOWW!"


Gambar Super Awesome Yang Akan Membuatkan Anda Berkata "WOWW!"

Restoran

Restoran ini terletak pantai timur Zanzibar. Jika air pasang, pengunjung boleh pergi ke sana dengan menaik bot. Jika air surut pula, pelawat hanya perlu berjalan kaki untuk pergi ke sana.

Thor's Well

Di gelar sebagai Telaga Thor yang terletak di Cape Perpetua



Tasik Emerald

Tasik ini terbentuk di kawah gunung berapi yang tidak aktif. Lokasinya adalah di Taman Negara Tongariro


Pejabat Selgas Cana di Madrid

Belon panas di Cappadocia

Dubai. Pemdangan dari pencakar langit Burj Khalifa. Pencakar langit ini berketinggian 828M (163 tingkat)

Pokok-pokok ini tumbuh di hutan dekat Gryfino, Poland. Punca kepada mengapa ia tumbuh melengkung masih tidak diketahui

Wilayah Shandong, China. Jambatan yang menyeberangi Teluk Jiaozhou. Panjang jambatan ini adalah 36 KM dan merupakan jambatan laut terpanjang di dunia

Sebuah terowong yang pelik di Taman Negara Sequoia, California


Sebuah patung yang dicipta oleh Bruno Catalano yang terletak di Perancis

Trafik jem yang terpanjang di dunia adalah di China. Ianya sepanjang 260KM


Lantai di sebuah kedai komputer di Perancis. Lantai tersebut adalah rata

Haus Rizzi, Jerman


Tiang Lena di Rusia. Sungai Lena


Jambatan Banpo, Seoul, Korea Selatan


Antara kemewahan dan kemiskinan. Gambar ini diambil di Brazil


Lokasi nya adalah di Pulau Lamu


Pemandangan dari balkoni tingkat 103 di Chicago


Barat Laut Montana, USA. Nampak seperti cetek tp sebenarnya sangat dalam


Sebuah lapangan terbang di Maldives yang terletak di atas sebuah pulau buatan manusia di Laut India


Penjaga rumah api Mare, Perancis


Gambar ribut di Montana,USA


Pencakar langit berbentuk bulan sabit di Dubai


Sungai di atas sungai. Jambatan Air Magdeburg, Jerman


Pembentukan awan yang digelar Morning Glory dilihat di Teluk Carpentaria, Utara Australia


Lapangan Terbang Gibraltar antara lapangan terbang yang paling menakjubkan di dunia