Kajian-kajian
yang dilaksanakan oleh ahli psikologi dan sosiologi mendapati generasi yang
berbeza mempunyai pandangan, jangkaan, cara pendekatan yang berbeza dalam
pelbagai perkara. Keadaan ini terjadi apabila berlakunya revolusi diperingkat
dunia/global seperti peperangan, revolusi perindustrian/ekonomi, revolusi
sosial dan perubahan iklim dunia dalam sesuatu jangka masa. Para pengkaji
mentafsirkan bahawa terdapat tujuh kategori/jurang generasi berikut:
a. Generasi
yang Hilang/Lost Generation. Golongan ini dikenali sebagai
Generasi 1914 di Eropah bagi menggambarkan orang-orang yang berperang di Perang
Dunia Pertama (Rujuk A).
b. Generasi
Unggul/The Greatest Generation. Golongan ini
termasuk golongan veteran yang berjuang dalam Perang Dunia Ke-2. Mereka lahir
dari sekitar tahun 1901 hingga tahun 1924 (Rujuk A).
c. Generasi
Senyap/The Silents Generation. Golongan ini
dilahirkan sekitar tahun 1925 sehingga 1945 yang terlalu muda untuk berkhidmat
semasa Perang Dunia Ke-2. Ramai di antara mereka mempunyai bapa yang berkhidmat
dalam Perang Dunia Pertama. Secara umumnya, golongan mengalami zaman The
Great Depression yang memberi kesan secara langsung terhadap
pembentukan diri mereka (Rujuk A).
d. The Baby Boom Generation. Golongan yang dilahirkan selepas Perang Dunia Ke-2 iaitu di antara tahun 1946 hingga 1964. Baby Boomersdikatakan mempunyai asas kepercayaan bahawa kejayaan adalah berasaskan kesungguhan dan kecemerlangan. Mereka terkenal kuat bekerja, sikap patuh, melakukan yang terbaik untuk ketua dan oraganisasi. Kumpulan ini masih dipengaruhi oleh amalan pengurusan generasi sebelumnya yang banyak memberi tumpuan kepada aspek kesetiaan dan kepatuhan terhadap pengurusan dan perhubungan yang berstruktur (Rujuk B).
e. Generation X. Golongan yang dilahirkan antara tahun 1965 hingga 1976. Secara umumnya golongan ini dikatakan cenderung inginkan kebebasan mengikut cara mereka, mahukan kepercayaan dari pihak atasan dan melihat kepada imbuhan atas apa yang mereka lakukan (Rujuk B).
f. Generation
Y. Lahir pertengahan 1970 hingga 2000 juga dikenali sebagai
generasi millennial. Ciri-ciri generasi ini berbeza mengikut
keadaan sosial dan ekonomi setempat. Walau bagaimanapun generasi ini mempunyai
kebolehan mempelajari sesuatu perkara dengan cepat terutama dalam
berkomunikasi, media dan teknologi digital (Rujuk A).
g. Generation Z. Golongan yang dilahirkan awal tahun 1990-an yang dikenali sebagai `Generasi Internet` kerana mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan berkemahiran dalam penggunaan komunikasi danteknologi media seperti World Wide Web, mesej segera, mesej teks, pemain MP3, telefon bimbit dan YouTube. Tiada lagi terhad kepada komputer rumah, internet kini boleh dibawa bersama terutama penggunaan Internet mudah alih seperti telefon bimbit.
Dalam suatu Organisasi
Generasi Baby
Boomers dikatakan bersifat tradisonal dan mempunyai semangat
juang yang tinggi dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberikan oleh pucuk
pimpinan. Ketelitian, kesungguhan serta kematangan dalam melaksanakan tugas
menjadi kunci kejayaan terhadap tugasan yang diberikan. Namun begitu, golongan
X dan Y beranggapan bahawa generasi ini dikatakan agak perlahan dan lemah di
dalam aspek penggunaan teknologi yang semakin pesat membangun.
Generasi
X dikatakan mempunyai pengetahuan yang tinggi, celik teknologi dan agak
bersifat independent terhadap tugasan yang diberikan. Golongan
ini dikatakan lebih suka kepada suasana kerja yang fleksibel, seorang yang
kreatif dan inovatif tetapi dengan cara tersendiri. Secara teoritikalnya,
golongan ini dimotivasikan dengan cara penawaran terhadap peningkatan kerjaya,
peningkatan peluang memperbaiki kerjaya serta pengiktirafan secara peribadi.
Generasi
Y dikenali sebagai tenacious go-getters dengan semangat I
can do anything dan sangat sukakan persekitaran yang mencabar.
Golongan ini, sangat sukakan pencapaian tinggi, mahir dalam penggunaan
teknologi, berorientasikan pasukan dan sukakan suasana yang seronok dalam
bekerja serta tidak mementingkan imbuhan semata-mata. Namun begitu, golongan
ini sangat tidak responsif dengan taktik motivasi do-this-or-else dan
adakalanya dilihat bersikap biadap terhadap ketua apabila tidak setuju dalam
sesuatu perkara. Golongan ini juga kurang memberi respon kepada arahan
berbentuk tradisional atau berbentuk wujudnya kawalan keterlaluan dari
pengurusan. Mereka dilahirkan dalam persekitaran yang banyak mempersoalkan
kenapa itu dan ini berlaku.
Pengurusan
Generasi Y memerlukan penjelasan yang terperinci mengenai sesuatu yang mereka
patut lakukan, mengiktiraf setiap tugas yang dilakukan, puji secara terbuka dan
jadikan mereka seorang bintang dalam organisasi, kerap memberi maklum balas dan
jadikan tempat kerja suatu tempat yang menyeronokkan.
Justeru
bagi mewujudkan kefahaman mengenai situasi jurang generasi memberi implikasi
berikut:
a. Kepemimpinan
dan Konsep Pengiktirafan. Sama ada generasiBaby Boom, X dan Y
ataupun Generasi Z yang akan menyertai organisasi sekitar tahun 2020,
kesemuanya mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Kebijaksanaan
kepemimpinan mengurus (terutamanya sistem pengiktirafan) adalah penentu baik
buruknya mereka.
b. Pengorbanan
Kendiri. Kefahaman mengenai jurang Generasi ini membawa kepada sikap
bertimbang rasa dan kesediaan untuk bekorban sistem kepercayaan diri, sikap dan
nilai diri. Sebaliknya ia akan menjelaskan bahawa misi atau objektif organisasi
adalah paksi yang menyatu sesebuah organisasi tanpa jurang generasi
c. Silang
Budaya. Pada umumnya, penjenamaan dan profil jurang Generasi ini
memberi suatu kefahaman dan implikasinya terhadap sistem
pemerintahan/pengurusan sumber manusia. Sungguhpun demikian konsep jurang
Generasi ini bersandarkan pandangan/kajian-kajian di barat yang memerlukan
penyelarasan silang-budaya dan faktor setempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan