Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Ahad, 10 November 2013

Jongkong emas tanda kasih

Jongkong emas tanda kasih
Jongkong emas seberat kira-kira satu kilogram yang terukir kata-kata Fizo Loves Mawar menjadi antara hantaran pelakon, Fizo Omar kepada suri hidupnya, Mawar Abdul Karim, 24. 

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 28, memberitahu, dia menabung demi memenuhi niat menghadiahkan jongkong emas kepada gadis yang bergelar isteri, sejak lama dulu. 
“Alhamdulillah, majlis pernikahan ini dipermudahkan Allah. Mengenai jongkong emas, ia memang hajat saya kerana isteri yang akan mengambil alih menjaga saya daripada ibu. 


“Sudah pasti tanggungjawab semakin besar, tetapi saya sudah bersedia menggalasnya. 

Kami bersama-sama mencari berkat Tuhan dan mahu meramaikan umat,” katanya selepas majlis pernikahan yang berlangsung kira-kira jam 9.30 pagi di Country Heights, Kajang, semalam.

Dengan sekali lafaz, Mawar yang juga pengurus pemasaran di syarikat milik keluarga, sah menjadi milik pelakon dan pengacara Nasi Lemak Kopi O. Mempelai dinikahkan Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abdul Samat.

Fizo menyerahkan mas kahwin RM506 dan tujuh dulang hantaran termasuk cincin, tas tangan, skuter Vespa dan kek berbentuk burger. Pengantin perempuan membalas sembilan dulang termasuk motosikal Ducati, helmet, sepatu serta senaskhah alQuran. 
Nilai wang hantaran dirahsiakan.

sumber : berita harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan