Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Rabu, 6 November 2013

SPM 2013: Dia ceria pagi ini, sempat cium tangan saya, kata ayah calon SPM yang meninggal dunia

KOTA BAHRU: "Pagi tadi, sebelum peperiksaan dia ceria dan sempat cium tangan saya," kata Arifin Deraman, 48, bapa kepada pelajar yang meninggal dunia ketika sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pagi ini.

Bernama melaporkan, Ariffin, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut sempat membawa Nursyazwani ke Hospital Tengku Anis (HTA) di sini selepas diberitahu mengenai anaknya rebah ketika baru 30 minit menduduki kertas Bahasa Melayu 1, di sekolahnya di Maahad Saniah, Pasir Puteh, kira-kira 8.45 pagi tadi. 
Ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan, Arifin berkata Nursyazwani pernah mengalami pening kepala, sakit belakang dan dada selama seminggu sebelum ini. 


"Ketika itu doktor hanya mengesahkan Allahyarham mengalami gastrik tetapi dalam sehari dua ini beliau didapati sihat seperti biasa. 

"Pagi tadi, sebelum peperiksaan beliau ceria dan sempat mencium tangan saya," katanya.

Beliau berkata Nursyazwani anak keempat daripada enam beradik adalah antara pelajar terbaik sekolah itu dan menyasarkan keputusan 10A.

"Arwah bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah," katanya yang berasal dari Kampung Kemudu Bongkok, Gaal. 

sumber: bharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan