Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Rabu, 13 November 2013

UPSR 2013: Negeri Sembilan catat keputusan UPSR kedua terbaik


Pengarah Pendidikan Negeri, Kalsom Khalid, berkata jumlah calon yang mendapat keputusan semua A adalah sebanyak 11.7 peratus berbanding 11.4 peratus tahun lalu.
Katanya, pencapaian keseluruhan calon luar bandar pada tahun ini juga bertambah baik berbanding tahun lalu. 
sumber : berita harian

UPSR 2013: Melaka catat keputusan UPSR kedua tertinggi

AYER KEROH: Melaka mencatatkan keputusan pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kedua tertinggi di Malaysia apabila merekodkan Gred Purata Negeri (GPN), 2.13. 


Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang mengumumkan keputusan berkenaan di sini sebentar tadi berkata, seramai 1,443 calon mencatatkan pencapaian cemerlang semua A daripada 13,917 yang menduduki peperiksaan itu tahun ini. 
"Pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.7 peratus iaitu daripada 9.7 peratus pada 2012 kepada 10.4 peratus pada tahun ini.


"Sementara itu GPN negeri juga meningkat dari 2.17 pada tahun lalu kepada 2.13 bagi keputusan tahun ini. Secara keseluruhannya, keputusan tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh sembilan tahun," katanya ketika mengumumkan perkara itu di Auditorium Yayasan Melaka di sini.
sumber : bharian

Golongan Muda Hidap Diabetes Meningkat


Salah seorang pesakit diabetes sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
PETALING JAYA: Jumlah pesakit diabetes terus meningkat dan lebih membimbangkan statistik menunjukkan lebih ramai golongan muda di Malaysia menghidap penyakit tersebut.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) baru-baru ini menunjukkan hampir dua kali ganda mereka yang berusia 30 hingga 39 tahun menghidap penyakit ini berbanding pada 2006.
Dengan satu daripada lima golongan dewasa di Malaysia berusia 30 tahun ke atas menghidap diabetes, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, keadaan ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan kualiti kehidupan, terutamanya apabila komplikasi penyakit berlaku.
"Hakikatnya bahawa ia menjejaskan golongan muda sekali gus memberi kesan kepada produktiviti dan ekonomi, amat membimbangkan. Ia juga menjejaskan kualiti kehidupan," katanya.
Menurut kajian NHMS pada 2011, kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas menghidap diabetes dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 4.5 juta pada 2020.
Kajian itu turut menunjukkan peningkatan pesakit diabetes dalam pelbagai peringkat usia - hampir dua kali ganda dari 4.95 (dalam kajian pada 2006) kepada 9.4% bagi mereka yang berusia antara 30 dan 34 tahun dan dari 6.4% kepada 10.9% untuk mereka yang berusia antara 35 dan 39 tahun.
Bagi mereka yang berusia 40 hingga 44 tahun, jumlah pesakit itu meningkat dari 10.3% kepada 17.6% manakala golongan berusia antara 45 dan 49 tahun - meningkat daripada 15% kepada 20.6%.
"Selain disebabkan faktor genetik, diabetes merupakan penyakit gaya hidup yang berpunca daripada tabiat pemakanan tidak sihat. Kita juga mempunyai perubahan dalam gaya hidup iaitu mengurangkan aktiviti fizikal," kata Dr Subramaniam.
Beliau berkata, kira-kira 53% rakyat Malaysia masih menjalani diagnosis.
"Ini bermakna pesakit mungkin terlambat mendapatkan rawatan dan kos untuk merawat komplikasi berkaitan penyakit diabetes akan menjadi mahal apabila mereka menerima rawatan," katanya.
Dr Subramaniam berkata, peningkatan jumlah pesakit diabetes dan lambat menjalani diagnosis akan terus memberi tekanan kepada sistem penjagaan kesihatan awam.
Beliau memetik kajian pada 2010 yang menganggarkan kos rawatan untuk pesakit diabetes membabitkan 16% daripada peruntukan penjagaan kesihatan negara atau RM2.4 bilion.
"Ini adalah suatu jumlah yang besar," katanya.
Beliau berkata, kesannya sudah dapat dilihat dengan peningkatan bilangan pesakit diabetes di klinik kesihatan dan kemasukan ke hospital akibat komplikasi penyakit tersebut.
"Ini secara tidak langsung memberi implikasi kepada kerajaan dalam terus menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti kepada rakyatnya. Ia juga akan menjejaskan produktiviti dan memberi kesan buruk kepada pembangunan ekonomi," katanya.
sumber : the star

UPSR 2013: 42,646 Calon Dapat Semua A


PETALING: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 yang diumumkan pada Khamis menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata 42,646 atau 9.15% daripada 466,167 calon mendapat semua A.

Selasa, 12 November 2013

FADHILAT PUASA SUNAT ASYURA’


Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka.
Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala. Pembunuhan yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah bukannya oleh tentera Yazid bin Mu’awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. Walaupun adanya mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan Sayyidina Hussin pada 10 Muharram. Kita jawab balik kepada pendapat mereka bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin sedangkan pada hari Isnin merupakan hari kewafatan junjungan besar Muhammad S.A.W yang lebih besar kesedihannya tetapi kita semua tetap berpuasa sunat pada hari tersebut. Insya Allah kita akan kupas mengenai peristiwa Karbala ini dalam ruangan khas pada keluaran akan datang.
Disini dibawa beberapa hadis yang sohih mengenai kelebihan berpuasa pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari ‘Asyura.
Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini. (Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)
Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari ‘Asyura tahun haji di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama’ kamu? Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari ‘Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah. (Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari ‘Asyura. Ulama’ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharamlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim. Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan. Siapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu.Semoga kita dapat menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.
Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”
Bibiografi
  1. Al-Minhaj Syarah Sohih Muslim oleh imam Nawawi, semakan Syeikh Khalil Ma’mun Syiha, Darul Makrifah, Beirut.
  2. Tuhfah al-Ahwazi bi Syarhi Jami’ at-Tarmizi, Mubarakfuri, Darul Kutub Ilmiah, Beirut.
  3. Sunan Abu Daud
  4. Al-Lafzu al-Mukram bi Fadhaili ‘Asyura al-Muharram, Ibnu Nasaruddin ad-Dimasyqi, Rimadi lin-Nasyr

IBU CERITA PENGALAMAN NGERI – HANTAR ANAK KE TASKA TAMAN MELATI


Admin tertarik dengan artikel dalam satu blog peribadi mengenai pengalaman seorang ibu menghantar anak ke Taska didakwa berlaku penderaan tersebut. Melalui pendedahan ibu yang juga seorang blogger, kelakuan anaknya berubah semenjak dimasukkan ke taska tersebut. Jom ikuti artikel yang panjang namun padat dengan informasi yang kita tidak ketahui:
Assalamualaikum.. Aku betul-betul geram .. Mula-mula aku nak ucap tahniah dan terima kasih kepada bapa anak kecil yang sanggup menjadi Detektif Conan untuk anak sendiri sehingga VIDEO tersebar untuk pengetahuan UMUM..
Anak-anak aku ada pengalaman buruk dengan TASKA PERMATA HARAPAN ni.. semua salah aku.. aku sedih dan nangis kenang anak aku kena dera tapi. .aku masih cakap anak aku mengada-ngada sebab terlalu manja..
Aku mencari taska di sekitar kawasan tempat aku tinggal.. aku ni jenis manusia yang sempoi pasal penjagaan anak-anak. Dari kecik anak-anak aku di hantar merata-rata untuk kasi orang jaga.. di sebabkan tiada siapa yang boleh jaga mereka di sebabkan aku bekerja dan suami pun bekerja.. Aku hantar anak-anak aku di taska tersebut sebab Yuran yang agak murah.. dari semua tempat di sekitar Taman Melati,.bagi aku .. anak-anak aku akan biasa.. walaupun mereka tidak biasa.. satu lagi sebab kenapa aku hantar mereka di TASKA tersebut sebab dekat dengan sekolah anak aku yang sulung.. so tak ler.. jauh sangat VAN nak hantar dari sekolah..
PERUBAHAN BULAN PERTAMA ANAK-ANAK
1) ANAK AKU SELALU MENGADU YANG CIKGU KETUK KEPALA dia..
-Aku malas nak percaya aku sejukkan hati aku dan anak-anak.. ala.. siapa ketuk. tak adalah.. cikgu baik.. dia terketuk jer.. nanti mama marah ok
(time tu anak aku si SARA(3 TAHUN) dan QALESYA (1 TAHUN LEBIH) sara masih pelat dan tunggu kakak Batrisyia jer yang akan cerita apa cikgu lakukan pada adik dia.. )
2) ANAK AKU MENANGIS MERONTA-RONTA TAK NAK TURUN KERETA
-Tiap-tiap pagi aku dan Hubby kena kejar si SARA keliling kereta sebab dia dah turun dan lari tak nak masuk TASKA.. aku ngan HUBBY ingat SARA MENGADA-NGADA.. sebab dia anak manja dalam famili.. aku dan HUBBY angkat dan HERET dia (sedih nyer aku kenang kisah tu,..,.AKU MAK YANG BODOH.. tak percaya cakap anak.. sebab aku SEMPOI tak nak pikir masalah)
3)TASKA TANYA – Puan, susu guna jenama apa?.. Saya guna DUGRO..
-TASKA JAWAB – Sama ngan anak saya.. esok-esok tak payah bawak dalam container sikit-sikit, kasi jer sepeket.. nanti dah habis kami kasi tau.. (AKU TAKNAK KASI LEBIH SEBAB AKU TAHU ANAK PENGASUH TASKA MINUM SUSU YANG SAMA.. KALU AKU KASI LEBIH.. ANAK AKU TAK MINUM, ANAK DIA yang telan.. TAPI.. ITU YANG TERJADI.. ANAK PENGASUH TASKA ADA 6 ORANG dalam TASKA.. semua kecik2.. )
4) Aku belajar.. sebagai ibu , nak tahu anak kita minum susu ke tidak.. kasi ikut sukatan.. nanti kita tahu ler.. berapa sukatan yang habis.. maksudnya.. berapa kali anak kita minum susu sehari.. tapi.. menakjubkan.. SUSU dan PEMPES.. tiap-tiap hari habis.. anak aku lapar kebulur time aku ambik mereka dan pempes tiap-tiap hari minta lebih ..
PERUBAHAN BULAN KEDUA ANAK-ANAK
1) SARA bukan tak nak pegi taska.. dia bangun tidur terus mengamuk-ngamuk tak nak PEGI TASKA.. dia TAK NAK KELUAR RUMAH.. (AKU MAMA YANG BODOH .. masih HERET anak keluar rumah dan ANGKAT SARA MASUK TASKA.. DAN LARI MASUK KERETA.. Biar CIKGU yang pujuk.. aku tahu anak aku tak biasa.. baru sebulan.. masuk taska.. selama ni OPAH dia yang jaga.. )
2) Kakak cerita CIKGU kurung anak dalam bilik.. tak kasi tidur dengan kakak sebab SARA suka menangis.. (mama masih sangka baik.. cakap .. tak aper.. sara ada kawan lain.. nanti dia biasa dengan kawan2 dia.. )

3) Anak aku QALESYA.. ada GARIS PANJANG MACAM KENA KETUK dengan PEMBARIS tajam.. MUKA dan DAHI BERGARIS MERAH.. (Pihak TASKA cakap.. ada budak buat.. AKU TAK MARAH.. AKU CAKAP.. “Ala.. budak.. kalau tak jatuh bukan budak, kalau tak berkudis bukan budak.. AKU ORLYLOVE, adalah mak yang sempoi.. MACAM BODOH.. masih tak percayakan anak.. >> AKU BUKAN TAK NAK PERCAYA ANAK, AKU TAK SUKA MANJAKAN MEREKA .. Aku nak mereka KUAT.. JATUH bangun SENDIRI, KENA KETUK.. GOSOK SENDIRI.. TERANTUK.. GOSOK SENDIRI.. pendapat aku.. kalau mereka kuat.. mereka tak akan nangis untuk perkara-perkara kecik dalam hidup mereka..
4) BAJU BUSUK.. dengan basah2 bau HANCING.. campur dalam bag..
5) ANAK LAPAR TAHAP GABAN..tiap2 hari aku ambik petang.. anak nampak seronok sebab dapat main luar.. tapi.. hakikatnya.. mereka nak kebebasan dari di DERA..
6) SARA dah mula mengigau.. tidur malam dah cakap dalam tidor … cakap cikgu tarik rambut.. cakap sorang-sorang sampai aku naik takut..
7) Aku dan HUBBY risau pasal SARA.. dia tak boleh bercakap sangat tapi.. dok ngadu CIKGU TARIK RAMBUT..
8) AKU PERGI BERUBAT DARUS SALLAM.. untuk ambik air penawar.. takut sara lemah semangat sebab tak serasi dengan TASKA BARU.. Nak pulih semangat dia.. TAPI>> Aku silap.. ggggeeerrr terasa nak sepak jer cikgu taska.. macam dalam video .. JANGAN PANGGIL CIKGU ler.. Woii,.,.korang ni aku gelas.. JINNap jer..
PERUBAHAN BULAN KETIGA ANAK-ANAK
1) Aku masih mengejar SARA dalam kereta untuk keluar kereta.. Mengheret dia untuk masuk ke dalam TASKA PUAKA ni.. sampai muntah2 kat tepi kereta (CIKGU TASKA CAKAP..” AKAK PERGI JER KERJA PANDAI LE SAYA PUJUK)
2) Ada seorang bapa kepada anak-anak yang menghantar anak mereka di sana.. cakap.. ” KAK KALAU ANAK TAK NAK MASUK.. BAIK TUKAR TASKA ler.. mungkin tak serasi..” – Aku balik berbincang dengan HUBBY.. (ok..kita tukar taska.. tapi.. hujung bulan nanti kita tukar.. )
3) FINAL KEPUTUSAN DICAPAI..
Satu petang, mak aku tolong aku mengambil anak-anak dari taska..sebab aku balik lewat.. sesampai aku di rumah.. mak aku cakap.. ” ANAK DEMAM PANAS, SESAK NAFAS.. SEMPUT”
Berderau hati aku.. sebab SARA kena serangan ASMA dan aku call cikgu taska.. dan marah kenapa tak call aku yang anak aku asma.. ??? cikgu taska dengan selamber sms.. ” ANAK PUAN SAKIT PETANG.. dah nak balik.. dah..dan KENAPA puan tak sediakan UBAT dalam bag dia.. sebab dari pagi tadi puan hantar dia macam tak sihat.. tapi.. kami dah letak VICKs dekat dada dia
Petang tu SARA kena ambik NEB di HKL.. 3 kali GAS baru OK.. kalau tak sure kena tahan wad.. aku tak layan TASKA terus aku berhenti kan anak2 aku 24 JAM.. aku tak contact cikgu dan cikgu tak contact ..just SMS, tanya.. kenapa tak hantar anak.. dan aku tak balas..
Pengalaman mengajar aku dan HUBBY,
KEPADA IBU BAPA yang menghantar anak ke TASKA..
NASIHAT PUAN NORLI
  1. JANGAN LER INGAT ANAK YANG MANJA itu mengada-ngada kalau tak nak ke TASKA..BUKAN DIA SENGAJA NAK MENGADA dan MANJA depan orang..
  2. Kalau anak dah start mengadu cikgu buat itu dan ini.. tolong ler.. check..
  3. Kalau anak dah start tak nak turun kereta sebab tak nak masuk taska.. tolong ler tanya cikgu taska.. siapa yang suka buat anak.. cadangan aku.. tanya depan-depan cikgu ..”CIKGU MANA YANG BUAT ADIK…. !! sure.. anak cakap nanti..
  4. Kalau anak dah start bercalar balar.. tanya,..,
  5. Kalau anak LAPAR sangat..tanya apa diorang makan..
  6. Kalau anak dah mula cakap sorang-sorang…
(SEMUA DI ATAS UNTUK IBU BAPA YANG MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG BOLEH BERCAKAP dan BERCERITA..KALAU ANAK-ANAK KECIL yang masih BAYI?.. check ler.. kesan-kesan lebam.. itu jer.. cara.. tak leh nak tolong..cara lain.. )
TASKA DURJANA ni.. DI TAMAN MELATI SETAPAK KL
KONON nyer TADIKA BERDAFTAR dengan JKM
Cikgu nyer.. ORANG KEDAH.. anak 6 orang dan MEREKA memang TIDUR di dalam TASKA.. semua anak-anak di dalam jagaan beliau.. SUAMI tinggal sama dalam TASKA..
pekerja.. 3 orang .. termasuk cikgu nyer.. 4 orang

Tun M Gesa Ajar Semula Sains & Matematik Dalam BI


PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi gesaannya bagi sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris.
Beliau berkata sains dan matematik kini merupakan ilmu yang amat penting dan perlu dikuasai rakyat Malaysia sekiranya Malaysia mahu maju dan mencapai status negara maju.
"Saya ingin merayu sekali lagi supaya sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Kita perlu bersikap realistik. Bahasa Melayu masih belum lagi menjadi bahasa sains dan matematik," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian dalam ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pendidikan Guru Dalam Dunia Islam kali ke-2 anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini, Selasa.
Beliau berkata sekiranya rakyat Malaysia tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik khususnya bahasa Inggeris saintifik dan teknikal, rakyat Malaysia tidak akan mampu bergerak seiring dengan kemajuan pesat dalam bidang itu.
"Pelajar, malah tidak akan diambil bekerja. Kebanyakan siswazah menganggur ialah mereka yang tidak fasih bahasa Inggeris. Adalah menyedihkan sekiranya pelajar cemerlang di sekolah tetapi mereka ditolak daripada diambil bekerja kerana tidak menguasai atau lemah dalam bahasa Inggeris," katanya.
Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia perlu bersikap pragmatik. Pejuang bahasa kebangsaan mungkin berfikir nasionalisme ialah mengenai kemampuan bertutur dalam bahasa kebangsaan dengan baik dan itu adalah salah.
"Nasionalisme ialah mengenai kejayaan dalam semua bidang dalam kehidupan, berupaya menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan negara anda dan bangsa anda, dihormati dan dikagumi orang lain, menjadi pemimpin dalam apa juga bidang yang anda ceburi dan berjaya berdiri sama tinggi. Itulah nasionalisme yang sebenar," katanya.
Dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama tersebut, Dr Mahathir berkata beliau dapati kerajaan tidak berminat untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
"Mereka ingin kembali kepada Bahasa Kebangsaan. Malangnya bidang ini tidak seperti bidang-bidang lain. Kalau belajar Geografi atau Sejarah isi kandungannya tidak berubah. Bertahun-tahun macam itu. Kalau sesuatu berlaku di sesuatu tempat, tidak boleh kata ia berlaku di tempat lain," jelasnya.
Dr Mahathir berkata sains adalah berbeza kerana sepanjang masa ada penyelidikan dibuat dan pengetahuan baharu dengan benda-benda baharu diperkenalkan.
"Benda-benda yang tidak disangka pun diperkenalkan. Biasanya oleh penyelidik-penyelidik dalam kertas kerja yang mereka sediakan. Kertas kerja ini 98 peratus dalam bahasa Inggeris," jelasnya.
Katanya, kalau tidak belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, sukar untuk ikut perkembangan ilmu semasa dan boleh ketinggalan.
"Saya orang Melayu. Saya sayang bahasa saya. Tapi saya lebih utamakan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh bangsa. Kalau tidak hendak guna bahasa Inggeris, kemungkinan ialah ketinggalan dari segi ilmu dan tidak boleh bersaing dengan orang lain. Malaysia tidak boleh jadi sebuah negara maju.
"Ilmu sudah berkembang dengan pesat tetapi orang Melayu tidak boleh dapat ilmu kerana ia tidak datang dalam bahasa Melayu," katanya.
Dr Mahathir turut mencadangkan kurikulum pelajaran agama Islam disemak semula.
"Saya dapati kebanyakan guru mempunyai ilmu tapi tekanan terhadap pembentukan peribadi yang baik tidak diutamakan. Apa yang diutamakan ialah bagaimana mengerjakan sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi agama Islam turut beri panduan bagaimana untuk menjadi manusia yang baik," katanya. BERNAMA

Isnin, 11 November 2013

10 Punca Stres Dan 58 Cara Mengawalnya


Semua org yg normal pasti mengalami stres. Cuma org yg GILA saja yg tak rasa stres.

Antara punca-punca stres:

1. cuai ttg ibadah,
2.hati yg kotor,
3.tak sabar,
4.terlalu cerewet,
5.perisau,
6.nak jaga hati org,
7. terlalu perfectionist,
8. kabur & tak pasti apa nak buat,
9. tiada coping skills,
10. kesihatan terganggu

Antara cara-cara nak kawal stres:

1. Solat, zikir dan selawat,
2. Baca al Quran /kitab agama,
3. Hidupkan sunnah,
4.Maafkan semua kesilapan orang lain,
5.Bersedekah,
6.Ingatkan mati,
7.Tidur yang cukup,
8.Bangun tidur secara konsisten,
9.Bertenang sebelum tidur,
10.Elak risau sebelum tidur,
11.Kawal alat elektronik,
12.Tilam yang sesuai,
13.Qoilullah (tidur sebentar sebelum zohor),
14.Mulakan hari dengan senyum & doa,
15.Peluk bayi,
16. Kegiatan riadah atau bersukan,
17. Mengawal diet,
18.Membelai org tersyg selalu,
19.Jadi orang baru,
20.Senyum selalu,
21.Urut mengurut,
22.Mandi air suam,
23.Ceritakan masalah kepada orang lain/ kaunselor,
24.Tengok ikan dalam akuarium,
25. Menangis,
26.Tukar skrip, bisikan kendiri,
27.Lebih tegas (asertif),
28.Tukar imej diri dan tingkat harga diri,
29.Penafasan yang sempurna,
30.Bercerita dan mendengar cerita,
31.Bercuti/ berehat/ bersantai,
32.Menjerit di tempat yang 'private‘,
33.Bernasyid/qasidah/ menyanyi,
34. Muhasabah diri,
35.Melihat pemandangan atau sesuatu yang menarik dan tenang,
36.Mendengar muzik, deruan ombak, bunyi burung dan sebagainya,
37.Beruzlah (berkhalwat),
38.Bersikap positif terhadap orang lain dan sayangi semua orang,
39.Nilai semula pegangan dan keutamaan,
40.Sentiasa redha dan bersyukur,
41. Minta bantuan pakar/ ulama,
42. Menonton/ membaca kartun,
43.Perbaiki komunikasi,
44.Berterusan berdoa,
45.Dengar ceramah motivasi & ceramah agama,
46. Hiasan yang berbunyi bila ditiup angin (wind chimes),
47.Minum air masak lebih kurang 2 liter sehari,
48.Letak gambar belakang pintu,
49. Gambar dalam dompet/beg tangan,
50.Gambar atas meja,
51.Momento kenangan manis,
52.Buka tingkap (untuk udara/ cahaya/ bunyi burung),
53.Lihat bunga atau pokok hijau,
54.Berkebun/bertanam sayur,
55. Bermain dengan haiwan kesayangan,
56.Cari kumpulan sokongan yang positif,
57.Terapi Aroma ,
58. terapi Warna
Moga Allah rahmati & rawat stres kita. Aameen


Sumber : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Pekeliling Iktisas 1976 Benar Aktiviti Keagamaan Di Sekolah


KUALA LUMPUR: Surat Pekeliling Iktisas yang dikeluarkan pada tahun 1976 ada mengatakan bahawa program-program keagamaan boleh dilaksanakan di sekolah, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
Katanya pekeliling itu juga menegaskan penganjuran program-program seumpama itu perlu dilaksana dengan baik serta mengambil kira sensitiviti antara berbilang kaum.
"Bagi saya isu ini bukan soal pekeliling. Ia isu sama ada kita sensitif atau tidak sesama kita.
"Kalau kita hantar pekeliling atau tidak, ia akan berlaku jika kita tidak hormat satu sama lain," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2014 untuk Kementerian Pendidikan di persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu ibadah korban yang telah dijalankan di beberapa sekolah dan telah menimbulkan ketidakselesaan beberapa pihak pada sambutan Hari Raya Haji yang lepas.
Dalam isu lain Idris mengakui kementerian itu menghadapi ketidakseimbangan antara jawatan guru sedia ada di peringkat negeri dengan jumlah permohonan guru yang mahu mengajar di negeri asal.
Mengambil contoh Kelantan, katanya, jawatan guru yang ada di negeri itu hanya 24,800 tetapi guru yang berasal dari Kelantan melebihi 53,000, manakala di Kedah, jumlah jawatan yang ada ialah 29,809 jawatan dan guru yang berasal dari negeri itu adalah seramai 40,298 orang.
Idris berkata kementerian itu juga mahu mempertingkatkan program Guru Penyayang, di mana guru akan mengambil pelajar bermasalah sebagai anak angkat, sebagai usaha untuk mengekang gejala sosial di kalangan pelajar sekolah.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kehadiran 82,710 pelajar asing di negara ini menunjukkan bahawa institusi pengajian tinggi tempatan adalah berkualiti.
Katanya, Malaysia berada di tempat kesembilan di dunia yang mempunyai paling ramai pelajar asing. BERNAMA

Ahad, 10 November 2013

Bas Ke Genting Highlands Terbabas, Seorang Penumpang Cedera


KUALA LUMPUR: Seorang penumpang cedera parah apabila bas persiaran yang membawa 22 penumpang terbabas ke dalam longkang di Km 3 Jalan Batang Kali-Jalan Genting, awal pagi Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Zulkifli Bidin berkata lelaki berumur 58 itu patah kaki kanan akibat tersepit dalam kejadian pukul 5 pagi tersebut dan kini dirawat di Hospital Selayang.
Beberapa penumpang lain termasuk pemandu bas itu dilapor mengalami cedera ringan, katanya ketika dihubungi di sini.
Mengulas kejadian itu, Zulkifli berkata nahas berlaku dalam keadaan hujan renyai apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipercayai memasuki laluan bas tersebut, menyebabkan pemandunya mengelak ke tepi jalan.
"Tindakannya mengakibatkan bas yang dalam perjalanan dari ibu negara ke Genting Highlands itu terbabas dan masuk ke dalam longkang," katanya menambah semua penumpang rakyat tempatan.
Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.07 pagi dan tiba di lokasi kejadian 24 minit kemudian.
Operasi tamat pada pukul 6.28 pagi setelah kesemua mangsa berjaya dikeluarkan, katanya.-BERNAMA

Jurang Generasi

Kajian-kajian yang dilaksanakan oleh ahli psikologi dan sosiologi mendapati generasi yang berbeza mempunyai pandangan, jangkaan, cara pendekatan yang berbeza dalam pelbagai perkara. Keadaan ini terjadi apabila berlakunya revolusi diperingkat dunia/global seperti peperangan, revolusi perindustrian/ekonomi, revolusi sosial dan perubahan iklim dunia dalam sesuatu jangka masa. Para pengkaji mentafsirkan bahawa terdapat tujuh kategori/jurang generasi berikut:

a.       Generasi yang Hilang/Lost Generation. Golongan ini dikenali sebagai Generasi 1914 di Eropah bagi menggambarkan orang-orang yang berperang di Perang Dunia Pertama (Rujuk A).

b.       Generasi Unggul/The Greatest Generation. Golongan ini termasuk golongan veteran yang berjuang dalam Perang Dunia Ke-2. Mereka lahir dari sekitar  tahun 1901 hingga tahun 1924 (Rujuk A).

c.       Generasi Senyap/The Silents GenerationGolongan ini dilahirkan sekitar tahun 1925 sehingga 1945 yang terlalu muda untuk berkhidmat semasa Perang Dunia Ke-2. Ramai di antara mereka mempunyai bapa yang berkhidmat dalam Perang Dunia Pertama. Secara umumnya, golongan mengalami zaman The Great Depression yang memberi kesan secara langsung terhadap pembentukan diri mereka (Rujuk A).

d.       The Baby Boom Generation. Golongan yang dilahirkan selepas Perang Dunia Ke-2 iaitu di antara tahun 1946 hingga 1964. Baby Boomersdikatakan mempunyai asas kepercayaan bahawa kejayaan adalah berasaskan kesungguhan dan kecemerlangan. Mereka terkenal kuat bekerja, sikap patuh, melakukan yang terbaik untuk ketua dan oraganisasi. Kumpulan ini masih dipengaruhi oleh amalan pengurusan generasi sebelumnya yang banyak memberi tumpuan kepada aspek kesetiaan dan kepatuhan terhadap pengurusan dan perhubungan yang berstruktur (Rujuk B).

e.       Generation X. Golongan yang dilahirkan antara tahun 1965 hingga 1976. Secara umumnya golongan ini dikatakan cenderung inginkan kebebasan mengikut cara mereka, mahukan kepercayaan dari pihak atasan dan melihat kepada imbuhan atas apa yang mereka lakukan (Rujuk B).

f.        Generation Y.  Lahir pertengahan 1970 hingga 2000 juga dikenali sebagai generasi millennial.  Ciri-ciri generasi ini berbeza mengikut keadaan sosial dan ekonomi setempat. Walau bagaimanapun generasi ini mempunyai kebolehan mempelajari sesuatu perkara dengan cepat terutama dalam berkomunikasi, media dan teknologi digital (Rujuk A).

g.       Generation Z. Golongan yang dilahirkan awal tahun 1990-an yang dikenali sebagai `Generasi Internet` kerana mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan berkemahiran dalam penggunaan komunikasi danteknologi media seperti World Wide Web, mesej segera, mesej teks, pemain MP3, telefon bimbit dan YouTube. Tiada lagi terhad kepada komputer rumah, internet kini boleh dibawa bersama terutama penggunaan Internet mudah alih seperti telefon bimbit.

Dalam suatu Organisasi

Generasi Baby Boomers  dikatakan bersifat tradisonal dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberikan oleh pucuk pimpinan. Ketelitian, kesungguhan serta kematangan dalam melaksanakan tugas menjadi kunci kejayaan terhadap tugasan yang diberikan. Namun begitu, golongan X dan Y beranggapan bahawa generasi ini dikatakan agak perlahan dan lemah di dalam aspek penggunaan teknologi yang semakin pesat membangun.

Generasi X dikatakan mempunyai pengetahuan yang tinggi, celik teknologi dan agak bersifat independent terhadap tugasan yang diberikan. Golongan ini dikatakan lebih suka kepada suasana kerja yang fleksibel, seorang yang kreatif dan inovatif tetapi dengan cara tersendiri. Secara teoritikalnya, golongan ini dimotivasikan dengan cara penawaran terhadap peningkatan kerjaya, peningkatan peluang memperbaiki kerjaya serta pengiktirafan secara peribadi.

Generasi Y dikenali sebagai tenacious go-getters dengan semangat I can do anything dan sangat sukakan persekitaran yang mencabar. Golongan ini, sangat sukakan pencapaian tinggi, mahir dalam penggunaan teknologi, berorientasikan pasukan dan sukakan suasana yang seronok dalam bekerja serta tidak mementingkan imbuhan semata-mata. Namun begitu, golongan ini sangat tidak responsif dengan taktik motivasi do-this-or-else dan adakalanya dilihat bersikap biadap terhadap ketua apabila tidak setuju dalam sesuatu perkara. Golongan ini juga kurang memberi respon kepada arahan berbentuk tradisional atau berbentuk wujudnya kawalan keterlaluan dari pengurusan. Mereka dilahirkan dalam persekitaran yang banyak mempersoalkan kenapa itu dan ini berlaku.

Pengurusan Generasi Y memerlukan penjelasan yang terperinci mengenai sesuatu yang mereka patut lakukan, mengiktiraf setiap tugas yang dilakukan, puji secara terbuka dan jadikan mereka seorang bintang dalam organisasi, kerap memberi maklum balas dan jadikan tempat kerja suatu tempat yang menyeronokkan. 

Justeru bagi mewujudkan kefahaman mengenai situasi jurang generasi memberi implikasi berikut:

a.   Kepemimpinan dan Konsep Pengiktirafan. Sama ada generasiBaby Boom, X dan Y ataupun Generasi Z yang akan menyertai organisasi sekitar tahun 2020, kesemuanya mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Kebijaksanaan kepemimpinan mengurus (terutamanya sistem pengiktirafan) adalah penentu baik buruknya mereka.

b.    Pengorbanan Kendiri. Kefahaman mengenai jurang Generasi ini membawa kepada sikap bertimbang rasa dan kesediaan untuk bekorban sistem kepercayaan diri, sikap dan nilai diri. Sebaliknya ia akan menjelaskan bahawa misi atau objektif organisasi adalah paksi yang menyatu sesebuah organisasi tanpa jurang generasi


c.     Silang Budaya. Pada umumnya, penjenamaan dan profil jurang Generasi ini memberi suatu kefahaman dan implikasinya terhadap sistem pemerintahan/pengurusan sumber manusia. Sungguhpun demikian konsep jurang Generasi ini bersandarkan pandangan/kajian-kajian di barat yang memerlukan penyelarasan silang-budaya dan faktor setempat. 

BOOMERS, GEN X, GEN Y, DARI MANA ISTILAH INI DATANG?

Sekarang ini, ramai manusia di Malaysia yang menggunakan ungkapan-ungkapan gen-Y, Gen-X, boomers dan macam-macam lagi kategori manusia mengikut usia. Ungkapan ini tiba-tiba jadi terkenal apabila banyak blog-blog yang mengkategorikan pengundi mengikut umur.
Dulu kita panggil golongan saluran 1, saluran 2 atau apa-apa saluran. Tapi sekarang guna X, Y dan boomers.
Dari mana ungkapan ini sebenarnya datang? Apa kata kita kaji.

Apa itu Boomers?
Istilah yang sebenar kepada Boomers adalah Baby Boomers. Baby Boomers pula diistilahkan sesiapa yang lahir di Amerika Syarikat dari tahun 1946 hingga 1964.

Dari mana Baby Boomers datang?
Baby Boomers datang apabila berakhirnya perang dunia kedua. Setelah perang tamat pada tahun 1945, lambakan lelaki yang pulang dari medan perang, memperolehi pekerjaan, kemudian kahwin dan memulakan institusi keluarga masing-masing. Oleh itu, dengan lambakan bekas askar yang berkahwin dengan serentak, maka anjakan kelahiran ketika itu meningkat dengan drastik (lebih 1 juta bayi pada tahun 1946 berbanding 1945). Dan lonjakan kelahiran yang tinggi ini berhenti pada tahun 1964.
Kerana 'baby boom' dari tahun 1945 hingga 1964 ini, maka mereka dipanggil Baby Boomers.

Apa itu Generasi X?
Generasi dimana mereka hidup dalam ekonomi yang tidak menentu dan legasi kepada boomers.
Generasi X adalah satu ungkapan generasi yang lahir diantara 1964 hingga 1981, betul-betul selepas pos perang dunia kedua baby boom (1946-1964). Generasi X ini selalunya diungkapkan sebagai Gen-X dan kumpulan Generasi X ini dipanggil Gen Xers. Ada satu ketika, GenX ini dipanggil generasi 'baby bust' kerana penurunan kadar kelahiran yang bermula pada tahun 1964, secara rasminya menamatkan baby boom.

Generasi Y
Lahir pada pertengahan 1980-an dan keatas. Generasi dimana profesional guaman dalam lingkungan 20-an dan baru sahaja masuk ke alam pekerjaan. Generasi Y (atau diberi nama 'Millenials') adalah generasi yang paling cepat membesar dari segi jumlah kekuatan pekerjaan law firms.

Generasi Z
Generasi Z (atau diberi nama Generasi M (multitasking), Generasi C (Connected Generation), theNet Generation, atau Generasi Internet) adalah ungkapan terkini di Amerika Syarikat dan negara barat yang lain bagi kumpulan manusia yang lahir pada tahun 1990-an sehingga sekarang.

Jadi rakan-rakan semua,  nama inilah dia sejarah nama-nama Genx, Y dan boomers terbit dalam istilah bahasa Melayu sekarang.

Mati ditembak selepas jawab salam

Kuantan: Dua lelaki berlagak alim, memberi salam untuk mengumpan Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek keluar dari rumah, sebelum dia ditembak mati di Indera Mahkota 2, di sini semalam.

Isteri mangsa, Rosmahwani Abdul Wahab, 41, berkata ketika kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, dia bersama suami serta seorang daripada empat anak berada di dalam rumah di Lorong 2/29 sebelum terdengar panggilan salam dari dua lelaki berjubah yang keluar dari sebuah kereta. 
“Arwah ketika itu sedang menggantung langsir dan saya kemudian masuk ke dalam bilik sebelum terdengar suami bertanya ‘nak singgah ke’. Seketika kemudian, terdengar bunyi tembakan, diikuti jeritan anak, Mohd Amin, 15, yang memanggil ayahnya,” katanya yang terus bergegas keluar dan mendapati suaminya terbaring berlumuran darah. 



Suri rumah berkenaan yang menerima kejadian menimpa suaminya itu sebagai ketentuan Tuhan, berkata dia juga sempat melihat sebuah kereta meninggalkan kawasan depan kediaman mereka sebelum beberapa jiran yang turut terdengar bunyi tembakan datang ke rumahnya.

“Beberapa hari sebelum ini, saya perasan kenderaan sama sering berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan kami, tapi tak pernah sangka sesuatu yang buruk,” katanya yang tidak menyangka sikap arwah yang kelihatan lebih mesra bersama anak-anak bagai petanda suaminya itu akan meninggalkan mereka.

sumber : bharian

CIMB Tersenarai Antara 10 Pasaran Modal Ekuiti Utama Di Australia Bagi 2013


KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Cabang perbankan pelaburan Australia CIMB telah menjadi penaja jamin tunggal bagi penempatan 91.5 juta saham bernilai A$503 juta (RM 1.5 bilion) dalam Fortescue Metals Group, pengeluar bijih besi keempat terbesar dunia.

Ini adalah urus niaga penempatan blok terbesar di Australia setakat ini tahun ini.

Dengan harga A$5.50 sesaham, saham ini berjaya ditempatkan sepenuhnya dalam masa dua jam selepas pasaran ditutup Khamis lepas.

Urus niaga ini melonjakkan CIMB kepada antara 10 pasaran modal ekuiti utama di Australia bagi 2013, melengkapkan kedudukan semasanya antara 10 utama dalam perniagaan nasihat gabungan dan pemerolehan bank itu.

"Kini telah setahun selepas kami melancarkan operasi Australia kami. Penyelesaian berjaya urus niaga Fortescue adalah bukti kekukuhan dan keupayaan francais yang telah kami bina dalam masa yang singkat ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif CIMB," dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi perbankan Australia CIMB dilancarkan pada November 2012 dan menawarkan perkhidmatan nasihat perbankan pelaburan, pengumpulan dana ekuiti dan pasaran modal, perkhidmatan pembrokeran dan penyelidikan.

-- BERNAMA

Jongkong emas tanda kasih

Jongkong emas tanda kasih
Jongkong emas seberat kira-kira satu kilogram yang terukir kata-kata Fizo Loves Mawar menjadi antara hantaran pelakon, Fizo Omar kepada suri hidupnya, Mawar Abdul Karim, 24. 

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 28, memberitahu, dia menabung demi memenuhi niat menghadiahkan jongkong emas kepada gadis yang bergelar isteri, sejak lama dulu. 
“Alhamdulillah, majlis pernikahan ini dipermudahkan Allah. Mengenai jongkong emas, ia memang hajat saya kerana isteri yang akan mengambil alih menjaga saya daripada ibu. 


“Sudah pasti tanggungjawab semakin besar, tetapi saya sudah bersedia menggalasnya. 

Kami bersama-sama mencari berkat Tuhan dan mahu meramaikan umat,” katanya selepas majlis pernikahan yang berlangsung kira-kira jam 9.30 pagi di Country Heights, Kajang, semalam.

Dengan sekali lafaz, Mawar yang juga pengurus pemasaran di syarikat milik keluarga, sah menjadi milik pelakon dan pengacara Nasi Lemak Kopi O. Mempelai dinikahkan Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abdul Samat.

Fizo menyerahkan mas kahwin RM506 dan tujuh dulang hantaran termasuk cincin, tas tangan, skuter Vespa dan kek berbentuk burger. Pengantin perempuan membalas sembilan dulang termasuk motosikal Ducati, helmet, sepatu serta senaskhah alQuran. 
Nilai wang hantaran dirahsiakan.

sumber : berita harian

Khamis, 7 November 2013

Remaja Hina Islam Ditahan Di Melaka


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang remaja lelaki di Bandar Hilir Melaka pada Khamis bagi membantu siasatan berkaitan kes menghina Islam dengan menulis kata-kata mencerca Allah SWT dalam statusnya di laman Facebook baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata suspek berusia 17 tahun dari Petaling Jaya itu ditahan pukul 3 petang tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini untuk diambil keterangan.
Remaja itu kemudian dibebaskan tengah malam ini dengan ikat jamin polis, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Remaja itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 susulan satu laporan polis diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap tindakan remaja berkenaan.
Zainuddin berkata remaja tersebut sudah berhenti sekolah selepas peperiksaan PMR dua tahun lepas dan tagih dengan permainan komputer. -BERNAMA

SPM 2013 : PUNCA KEMATIAN MENGEJUT CALON SPM MAAHAD SANIAH PASIR PUTEH, TERJAWAB

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita kematian PELAJAR MAAHAD SANIAH MENINGGAL DUNIA KETIKA MENDUDUKI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM), Nursyazwani Arifin , dimana beliau antara calon SPM Maahad Saniah, Pasir Puteh yang menduduki peperiksaan sijil pelajaran malaysia (SPM). Pelajar terbaik Maahad Saniah di sini meninggal dunia selepas pengsan ketika sedang menduduki peperiksaan kertas satu Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Menerusi Harian Metro, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal , Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh unit forensik Universiti Sains Malaysia (USM), punca kematian adalah kerana pecah salur darah ke jantung. SAMA-SAMA KITA SEDEKAHKAN AL FATIHAH BUAT ARWAH..
AL FATIHAHAL-FATIHAH

Rabu, 6 November 2013

19 KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN




Setiap muslim yang berhasrat untuk meningkatkan tahap kecintaan dan ketakwaan terhadap Allah swt perlu memperbanyak syariat harian yang dianjurkan oleh Rasullulah saw demi mencapai martabat al-mukarabin iaitu mereka yang berjaya menghampirkan diri kepada-Nya . 

Antara amalan-amalan mulia ialah membaca al-quran, istighfar, berzikir,berselawat dan berdoa . Berikut adalah beberapa kelebihan membaca Al-Quran ialah : 

1- Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.

2- Pahala membaca satu huruf daripada Al-Quran : Menurut Ibn Majah digandakan sehingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali . 

3- Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di Syurga , juga dikatakan balasan sebatang pokok di Syurga . 

4- Menurut Ibn Abbas ra pembaca Al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.

5- Selamat daripada api neraka , mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat . 

6- Pada hari kiamat , al-Quran menjadi pembela . 

7- Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di Syurga . 

8- Membaca al-Quran sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat . 

9- Pembaca al-Quran akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada, dan Solehin . 

10-Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka . 

11-Mendapat dapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit . 

12-Jika dibaca di dalam rumah , akan memberi cahaya kepada rumah itu . 

13-Membaca secara bertadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi malaikat .

14-Pembaca yang mahir dan baik, diutamakan menjadi imam solat .

15-Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari , mengajar dan menghayati ajaran al-Quran . 

16-Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1,000 rakaat . 

17-Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup . 

18-Mendapat perlindungan di Padang Mahsyar nanti . 

19-Pembaca al-Quran akan dilindungi daripada godaan syaitan . 


3 Masa yang diutamakan membaca al-Quran 

1- Pada waktu tengah malam sehingga fajar adalah utama . 
2- Antara Maghrib dan Isyak . 
3- Sesudah solat Subuh . 


Petikan : 

Buku "Indahnya Hidup Bersyariat " 
Halaman 258-259 
Dato' Ismail Kamus