SEREMBAN
- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyokong
tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen,
sekiranya memberi faedah kepada rakyat untuk masa hadapan.
Presidennya,
Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs bersetuju sekiranya kenaikan dibuat dapat
membantu rakyat, terutamanya dalam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM)
yang dijangka akan dibentangkan dalam bajet pada penghujung tahun ini.
“Kita
menyokong dengan kenaikan tersebut sekiranya kerajaan mengambil langkah memberi
manfaat kepada rakyat dalam bentuk lain, seperti pemberian BRIM yang berganda
iaitu daripada RM500 kepada RM1,000, juga bantuan lain kepada rakyat.
“Selain
itu, kita juga mahu agar bantuan yang diberi kerajaan perlulah dilakukan secara
berterusan, bagi memastikan rakyatnya tidak rasa terbeban dengan kenaikan
tersebut, kerana kita khuatir ada barang lain pula yang akan naik nanti.
“Walau
bagaimana pun, saya mengharapkan kerajaan sudah memikirkan sesuatu bagi memberi
manfaat berterusan kepada rakyatnya sebelum keputusan untuk menaikkan harga
petrol dan diesel dilakukan, selain memikirkan impak daripada kenaikan
tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambah
Omar, sekiranya kerajaan mengurangkan subsidi tersebut, ini bermakna lebihan
terhadap peruntukan itu seharusnya dikembalikan semula kepada rakyat, tidak
kira dalam apa jua bentuk. ~sinar
harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan