https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2580304828662351&id=100000485782537
FB : MOHD NIZAM MAD TAHIR
INSTAGRAM : nizamtahir
WEB : http://zamaths.blogspot.com/
CERITA PAGI TADI DI SEBUAH KELAS TINGKATAN 5 DAN TIPS UNTUK BERJAYA
DALAM MATEMATIK SPM DENGAN PETUA DUIT (BOLEH APLIKASI SEMUA SUBJEK)
Seorang ketua murid berjumpa saya dan menunjukkan kad ucapan yang dia
terima mewakili semua murid dari Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Rembau.
Murid itu bertanya, cikgu, dalam kad ni gambar cikgu ke? Saya cakap
orang lain atau kembar saya kot... hahaha.... (Salah satu gambar semasa perkongsian Matematik SPM daerah Rembau).
Kepada semua calon SPM teruskan latihan, insya Allah gambar anda pun
boleh masuk dalam kad macam ini, mungkin kad ucapan dari Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia atau lebih tinggi lagi daripada itukan, insya Allah. Amin
Di sini saya nak kongsikan sedikit tips untuk berjaya terutamanya dalam
Matematik SPM insya Allah semoga kita dapat amalkannya secera istiqamah. Untuk berjaya salah satunya kita perlu ada DUIT. Apa itu DUIT?
1) Doa
Pertama sekali kita perlu sentiasa berdoa supaya diberikan kesihatan
yang baik, kelapangan masa, sifat kerajinan yang berterusan dalam menuntut ilmu
ini. Kita mesti berdoa supaya diberi kejayaan yang cemerlang terutamanya
Matematik SPM.
2) Usaha
Selepas berdoa, kita mesti berusaha untuk mencapai apa yang kita
hajatkan tadi iaitu untuk mendapat kejayaan yang cemerlang terutama dalam
Matematik SPM. Untuk mencapai kecemerlangan dalam Matematik SPM, tiada cara
lain kita mesti berusaha untuk membuat seberapa banyak latihan terutamanya
soalan-soalan percubaan SPM dari negeri-negeri yang lain (lagi banyak latihan
lagi baik keputusan yang akan kita perolehi, insya Allah). Kalau kita lihat semua
bentuk soalan percubaan SPM Matematik dari semua negeri kita akan dapat melihat
patern atau bentuk soalan tersebut. Terdapat 2 bentuk kertas untuk Matematik
SPM iaitu kertas 1 yang menggandungi 40 soalan objektif dan kertas 2 yang
mengandungi 16 soalan. Kita mesti berusaha untuk menjawab seberapa banyak
soalan kertas 1 dan kertas 2 berfomat SPM tersebut. Jika kita fokus kepada kertas 2
Matematik SPM terdapat 16 tajuk yang akan ditanya yang dibahagikan kepada 2
bahagian iaitu bahagian A dan Bahagian B.
Bahagian A (Jawab semua soalan – 52 markah)
- Set / Ketaksamaan Linear
- Persamaan Linear Serentak
- Persamaan Kuadratik
- Pepejal Geometri
- Bulatan : Perimeter dan Luas
- Matriks
- Kecerunan dan Luas di Bawah Graf
- Kebarangkalian
- Garis Lurus
- Penaakulan Matematik
- Garis dan Satah Dalam 3 Matra
Bahagian B (Jawab 4 daripada 5 soalan – 48 markah)
- Graf Fungsi
- Penjelmaan
- Statistik
- Pelan dan Dongakan
- Bumi Sebagai Sfera
16 tajuk ini sebenarnya telah diketahui oleh semua guru-guru yang
mengajar Matematik SPM di Malaysia yang bermula dari tahun 2003 lagi. Cuma kebanyakan
murid-murid sekarang tidak mempercayainya dan kurang berusaha untuk membuat
kesemua soalan yang diberikan oleh guru di sekolah masing-masing.
3) Istiqamah
Yang seterusnya kita perlulah istiqamah (berterusan) dalam membuat latihan
berfomat SPM Matematik seperti di atas. Teruskan latihan tanpa jemu, insya
Allah jika tiba pada satu tahap anda akan dapat membayangkan apa soalan yang
akan ditanya dari soalan no 1 hingga soalan no 16 untuk kertas 2 subjek Matematik
SPM dan 40 soalah dalan kertas 1 nanti.
4) Tawakal
Yang terakhir untuk Petua DUIT ini adalah Tawakal. Setelah kita Doa,
Usaha dan Istiqamah kita mesti Tawakal iaitu berserah kepada Allah. Insya Allah
semoga kita mendapat keputusan yang cemerlang seperti apa yang kita hajatkan.
Selamat Menduduki SPM 2019. Semoga kita semua berjaya dengan Cemerlang terutamanya Matematik SPM, insya Allah. Amin
Mohd Nizam Bin Mad Tahir
Guru Cemerlang Matematik
SMK Dato’ Sedia Raja, Rembau.
INSTAGRAM : nizamtahir
WEB : http://zamaths.blogspot.com/
Petua DUIT boleh di aplikasi pada semua keadaan, semoga bermanfaat, insya Allah, amin
BalasPadam