Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Rabu, 30 Ogos 2017

Cadangan Tugas-Tugas Biro Organisasi Pendidikan

Cadangan Tugas-Tugas Biro Organisasi Pendidikan

Diharap perkongsian cadangan tugas-tugas biro ini dapat memberi rujukan dan panduan kepada semua organisasi pendidikan yang lain yang tercari-cari senarai tugasan setiap biro untuk melaksanakan aktiviti dan program. Namun perlu diingat perlaksanaannya bergantung kepada banyak faktor seperti kewangan, penglibatan ahli, kekangan masa, penajaan dan sebagainya)

Jika ada pertambahan atau cadangan penambahbaikan sangat dialu-alukan dan boleh mesej saya melalui:

email:  mnizam.mtahir@gmail.com
facebook : Mohd Nizam Mad Tahir
instagram : nizamtahir
telegram : @mnizamt

Semoga boleh meningkatkan martabat sistem pendidikan dinegara kita untuk mencapai tahap yang lebih gemilang, insya Allah.

Berikut adalah cadangan senarai tugas setiap biro


1. Biro Profesional 
·                Menguruskan segala perhubungan dalam dan luar Negara
·                Menyempurnakan segala urusan mesyuarat perjumpaan @ mana-mana bidang berbangkit
·                Menyelaras tugas-tugas seperti menyiapkan dan mendapatkan ucapan, kata-kata aluan untuk buku program dan sebagainya.
·                Menyelaras tindaksusul dan semakan kerja-kerja yang dicadangkan dan diluluskan
·                Menerima dan menyampaikan maklumat terkini untuk dimaklumi.

2. Biro Kebajikan

·                Mewujudkan dana Kebajikan.
·                Menyediakan daftar guru yang bersara yang lengkap dan mudah dirujuk.
·                Mengadakan program bersama dengan, NGO, koporat dan Institusi Pendidikan Kerajaan yang lain.
·                Mengadakan majlis-majlis seperti hari jadi, tokoh Guru Cemerlang, Tokoh Guru Inovasi, Tokoh Guru PdPc Abad ke 21 dan sebagainya.
·                Mengadakan usaha memberi sumbangan kepada ahli yang kematian ahli keluarga terdekat dan yang menimpa sesuatu bencana.
·                Memberi pengiktirafan dan anugerah kepada ahli yang berjaya dalam segala lapangan dalam pendidikan.


3. Biro Publisiti Seranta

·                Menyebarluaskan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan mengikut jadual dan tarikh yang telah ditetapkan.
·                Mempromosikan sesuatu program dan aktiviti yang memerlukan kehadiran ramai ahli melalui: menampalkan iklan di papan iklan, memasang kain rentang, menyebarkan risalah dan lain-lain yang difikirkan sesuai.
·                Menghebahkan aktiviti kepada umum melalui media masa, media cetak, RTM dan sebagainya
·                Menyelaras dan menguruskan bahan-bahan tajaan seperti cenderamata, pamphlet, banner dan sebagainya.
·                Memilih tempat yang strategik untuk menyebarkan kepada umum – kain rentang, handout, atau lain-lain.
·                Merancangkan untuk membuat rekod simpanan samada dalam bentuk video, koleksi album, filem slaid untuk rujukan.

4. Biro Lawatan
·                Merancang dan menguruskan aktiviti lawatan dalam dan luar Negara.
·                Mencari jaringan dan kerjasama dengan institusi pendidikan IPTA, IPTS dalam dan luar Negara untuk membentangkan kertas kerja, seminar, inovasi dan sebagainya.
·                Merancang dan melaksanakan penanda atas dalam dan luar Negara.

5. Biro Ekonomi

    Mencari sumber kewangan tetap dan berterusan melalui:
·                Yuran tetap.
·                Sumbangan tetap individu, syarikat dan lain-lain sumber.
·                Melaksanakan sistem kewangan yang seragam mengikut buku panduan kewangan yang sedia ada.
·                Mengurus kewangan dan dana dengan sistematik.
·                Meningkatkan ekonomi organisasi melalui aktiviti pelaburan dan kerjasama dengan institusi kewangan setempat seperti usahasama dan lain-lain.
·                Mengadakan aktiviti ekonomi seperti mengadakan ekspo dan pameran, jualan buku-buku ahli, sewaan dan lain-lain.
·                Melaksanakan pelan pembangunan terancang organisasi mengikut keperluan semasa.

6. Biro Penerbitan

·                Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan cetakan seperti buletin, risalah, surat siaran, dan lain-lain.
·                Menerbit dan menjual kad hari raya, kad jemputan dan lain-lain.
·                Merangka strategi penerangan mengenai program dan aktiviti sepanjang tahun.
·                Merangka strategi penerbitan bahan-bahan bacaan mengenai program dan aktiviti dari segi bahan-bahan dan kos penerbitan.
·                Menjadualkan penerbitan majalah, risalah, pamplet, kalendar, kad ucap selamat dan sebagainya.
·                Lain-lain tugas yang difikirkan sesuai dengan fungsi dan peranan kedua-dua aktiviti tersebut.

7. Biro Data dan Teknologi Maklumat

·                Membuat kajian dan statistik ahli organisasi mengenai bilangan jantina lelaki, wanita, tarikh bersara dan sebagainya.
·                Mengumpulkan data terkini organisasi setiap tahun.
·                Memasang LCD Projektor di tiap-tiap program yang akan dilaksanakan.




Disediakan Oleh:


(MOHD NIZAM BIN MAD TAHIR)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan