Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Rabu, 30 Ogos 2017

Cadangan Tugas-Tugas Biro Organisasi Pendidikan

Cadangan Tugas-Tugas Biro Organisasi Pendidikan

Diharap perkongsian cadangan tugas-tugas biro ini dapat memberi rujukan dan panduan kepada semua organisasi pendidikan yang lain yang tercari-cari senarai tugasan setiap biro untuk melaksanakan aktiviti dan program. Namun perlu diingat perlaksanaannya bergantung kepada banyak faktor seperti kewangan, penglibatan ahli, kekangan masa, penajaan dan sebagainya)

Jika ada pertambahan atau cadangan penambahbaikan sangat dialu-alukan dan boleh mesej saya melalui:

email:  mnizam.mtahir@gmail.com
facebook : Mohd Nizam Mad Tahir
instagram : nizamtahir
telegram : @mnizamt

Semoga boleh meningkatkan martabat sistem pendidikan dinegara kita untuk mencapai tahap yang lebih gemilang, insya Allah.

Berikut adalah cadangan senarai tugas setiap biro


1. Biro Profesional 
·                Menguruskan segala perhubungan dalam dan luar Negara
·                Menyempurnakan segala urusan mesyuarat perjumpaan @ mana-mana bidang berbangkit
·                Menyelaras tugas-tugas seperti menyiapkan dan mendapatkan ucapan, kata-kata aluan untuk buku program dan sebagainya.
·                Menyelaras tindaksusul dan semakan kerja-kerja yang dicadangkan dan diluluskan
·                Menerima dan menyampaikan maklumat terkini untuk dimaklumi.

2. Biro Kebajikan

·                Mewujudkan dana Kebajikan.
·                Menyediakan daftar guru yang bersara yang lengkap dan mudah dirujuk.
·                Mengadakan program bersama dengan, NGO, koporat dan Institusi Pendidikan Kerajaan yang lain.
·                Mengadakan majlis-majlis seperti hari jadi, tokoh Guru Cemerlang, Tokoh Guru Inovasi, Tokoh Guru PdPc Abad ke 21 dan sebagainya.
·                Mengadakan usaha memberi sumbangan kepada ahli yang kematian ahli keluarga terdekat dan yang menimpa sesuatu bencana.
·                Memberi pengiktirafan dan anugerah kepada ahli yang berjaya dalam segala lapangan dalam pendidikan.


3. Biro Publisiti Seranta

·                Menyebarluaskan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan mengikut jadual dan tarikh yang telah ditetapkan.
·                Mempromosikan sesuatu program dan aktiviti yang memerlukan kehadiran ramai ahli melalui: menampalkan iklan di papan iklan, memasang kain rentang, menyebarkan risalah dan lain-lain yang difikirkan sesuai.
·                Menghebahkan aktiviti kepada umum melalui media masa, media cetak, RTM dan sebagainya
·                Menyelaras dan menguruskan bahan-bahan tajaan seperti cenderamata, pamphlet, banner dan sebagainya.
·                Memilih tempat yang strategik untuk menyebarkan kepada umum – kain rentang, handout, atau lain-lain.
·                Merancangkan untuk membuat rekod simpanan samada dalam bentuk video, koleksi album, filem slaid untuk rujukan.

4. Biro Lawatan
·                Merancang dan menguruskan aktiviti lawatan dalam dan luar Negara.
·                Mencari jaringan dan kerjasama dengan institusi pendidikan IPTA, IPTS dalam dan luar Negara untuk membentangkan kertas kerja, seminar, inovasi dan sebagainya.
·                Merancang dan melaksanakan penanda atas dalam dan luar Negara.

5. Biro Ekonomi

    Mencari sumber kewangan tetap dan berterusan melalui:
·                Yuran tetap.
·                Sumbangan tetap individu, syarikat dan lain-lain sumber.
·                Melaksanakan sistem kewangan yang seragam mengikut buku panduan kewangan yang sedia ada.
·                Mengurus kewangan dan dana dengan sistematik.
·                Meningkatkan ekonomi organisasi melalui aktiviti pelaburan dan kerjasama dengan institusi kewangan setempat seperti usahasama dan lain-lain.
·                Mengadakan aktiviti ekonomi seperti mengadakan ekspo dan pameran, jualan buku-buku ahli, sewaan dan lain-lain.
·                Melaksanakan pelan pembangunan terancang organisasi mengikut keperluan semasa.

6. Biro Penerbitan

·                Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan cetakan seperti buletin, risalah, surat siaran, dan lain-lain.
·                Menerbit dan menjual kad hari raya, kad jemputan dan lain-lain.
·                Merangka strategi penerangan mengenai program dan aktiviti sepanjang tahun.
·                Merangka strategi penerbitan bahan-bahan bacaan mengenai program dan aktiviti dari segi bahan-bahan dan kos penerbitan.
·                Menjadualkan penerbitan majalah, risalah, pamplet, kalendar, kad ucap selamat dan sebagainya.
·                Lain-lain tugas yang difikirkan sesuai dengan fungsi dan peranan kedua-dua aktiviti tersebut.

7. Biro Data dan Teknologi Maklumat

·                Membuat kajian dan statistik ahli organisasi mengenai bilangan jantina lelaki, wanita, tarikh bersara dan sebagainya.
·                Mengumpulkan data terkini organisasi setiap tahun.
·                Memasang LCD Projektor di tiap-tiap program yang akan dilaksanakan.




Disediakan Oleh:


(MOHD NIZAM BIN MAD TAHIR)

Selasa, 29 Ogos 2017

Ahli Jawatankuasa Majlis Guru Cemerlang Malaysia 2017 - 2019

Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM) 2017-2019






Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM) 2017/2019

Yang Dipertua (YDP) MGCM
Tn Hj Burhan Bin Ramli @ Md Nor
SMS Machang, Kelantan
Fizik
YDP MGCN Kelantan

Naib Yang di Pertua (NYDP) MGCM
Pn Hjh Aishah Binti Mokhtar
Kimia
SMK Jitra, Kedah

Setiausaha 1 MGCM
Pn Sarimah Bt Yaakop
Pendidikan Islam
SMK Convent, Klang
YDP MGCN Selangor

Setiausaha 2 MGCM
Pn Norhayati Bt Ahmad Jaberi
Sains
SMK Tengku Sulaiman, Perlis
YDP MCGN Perlis

Setiausaha 3 MGCM
En Mohd Nizam Bin Mad Tahir
Matematik
SMK Dato’ Sedia Raja, Rembau, N. Sembilan

Bendahari MGCM
Pn Rohani Bt Md Nor
Matematik Tambahan
Sek Sultan Alam Shah, Putrajaya
YDP MGCN Putrajaya

Pen Bendahari MGCM
Pn Lee Saw Im
Kimia
SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
YDP MGCN Kuala Lumpur

Juruaudit MGCM
En Asmui Bin Mustapa (YDP MGCN Pahang)
Pn Puvaneswari A/P Vadivello (YDP MGCN Pulau Pinang)


Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro-Biro MGCM

1. Biro Profesional

 Hjh Noraini Hasbulah (YDP MGCN Perak),
 Pn Lee Saw Im (YDP MGCN Kuala Lumpur)
 Lin Asit (YDP MGCN Sarawak)


2. Biro Kebajikan

 Pn Rosni Bt Adom (Melaka),
 Pn Puvaneswari A/P Vadivello (YDP MGCN P.Pinang)
 Pn Saripah Bt Ahmad (Melaka)


3. Biro Publisiti dan Seranta 

 En Abdullah Bin Awang (YDP MGCN Trengganu)
 Pn Norlyziah Bt Ali Hussein (YDP MGCN Sabah)
 Pn Roslinda (Kedah)


4. Biro Lawatan

 Pn Zanariah bt Abdol (Johor)
 En Asmui Bin Mustapa (YDP MGCN Pahang)


5. Biro Ekonomi

 En Che Noranuwi Bin Hamid (YDP MGCN Kedah) 
 Pn Rohani Bt Md Nor (YDP MGCN Putrajaya) 


6. Biro Penerbitan 

 En Bahtiar Bin Sukkor (YDP MGCN Johor) 
 Pn Mazinah Muda (Kelantan)


7. Biro Data dan Teknologi Maklumat 

 YM Raja Hafizi Bin Raja Sehar (Perak)



Disediakan Oleh:


(MOHD NIZAM BIN MAD TAHIR)
Setiausaha 3
Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM) 2017/2019





Ahad, 27 Ogos 2017

Majlis Jasamu Disanjung, Budimu Dikenang Tn Hj Rodzli Bin Hashim, Mantan YDP MGC Malaysia Guru Cemerlang Geografi, Gred Khas C, Mesyuarat AJK MGCM kali pertama Sesi 2017/2019 dan Watikah Perlantikan AJK MGCM Sesi 2017/2019

Majlis Jasamu Disanjung, Budimu Dikenang Tn Hj Rodzli Bin Hashim, Mantan YDP MGC Malaysia
Guru Cemerlang Geografi, Gred Khas C, Mesyuarat AJK MGCM kali pertama Sesi 2017/2019 dan Watikah Perlantikan AJK MGCM Sesi 2017/2019
Tempat : Hotel UITM Shah Alam, Selangor
Tarikh : 26-27 Ogos 2017 (Sabtu -Ahad)













Sabtu, 12 Ogos 2017

Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017

Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017

Tempat : Institut Aminuddin Baki (Utara), Jitra , Kedah
 Tarikh : 12 - 14 Ogos 2017 (Sabtu - Isnin)



Peserta Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017



 Mohd Nizam Bin Mad Tahir

Jadual Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017



Pengarah Pelajaran Kedah, Dato' Hajjah Azuyah Hassan, En Pesol Bin Md Saad, Tim Pengarah (Murid) BPSH, KPM , YDP MGCM dan YDP Negeri 


Pengarah Pelajaran Kedah, Dato' Hajjah Azuyah Hassan, En Pesol Bin Md Saad, Tim Pengarah (Murid) BPSH, KPM , YDP MGCM dan wakil Negeri Sembilan


Ucaptama : Pengarah Negeri Kedah, Dato' Hajjah Azuyah Hassan


Ucapan Pengarah Negeri Kedah
Dato' Hajjah Azuyah Hassan
1) Sepatutnya semua guru adalah Guru Cemerlang
2) Idea GC,  idea Tan Sri Wan zahid. 500 pengetua,  313 smk,  687 sk.  Pangkat Dg 2
3) Pemantauan Nazir tengok 10 perkara. Antaranya Fail & rakan sebaya. Markah rakan sebaya sgt rendah, sekarang penilaian rakan sebaya digugurkan.
4) GC kena dekati semua, disipln - contoh kita berdiri org boleh rasa kita cemerlang.
5) Org cemerlang kena ada 2 perkara
a) Dilihat cemerlang, 
b) org yg berada disekelilingnya kena cemerlang
6) Berfikiran Terbuka
7) Simpan 2 perkara. Budiman,  bijaksana
8) Selesai sesuatu dgn bijaksana
9) KPM masih hargai kita.
10) Sisc+ dan sip masuk dlm DTP


Cenderamata kepada Pengarah Negeri Kedah, Dato' Hajjah Azuyah Hassan dari MGCM

Peserta Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017

Peserta Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017


Antara Peserta Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017


YDP MGCM 2017 Hj Rodzli Bin Hashim

1) Dato' Pengarah, Mantan GC Biologi
2) 21 jan 1995 kumpulan pertama GC, YDP Fadzil Pak Wan.

Permohonan GC Kebangsaan di Persidangan Kebangsaan GC Malaysia 2017
1) GC time base dikekalkan,  pendekkan tempoh time base GC
2) Jika ada kekosongan GC yang bersara, kourta GC dipenuhkan
3) GC terus meningkat ikut gred,
GC sek rendah dinaikkan limit gred.


Bergambar bersama pembentang Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017


Bergambar Bersama Pengarah Negeri Kedah, Dato' Hajjah Azuyah Hassan

Bergambar Bersama YDP Johor, En Bakhiar

Mohd Nizam Bin Mad Tahir

Bergambar Bersama Cikgu Hailmi dan Cikgu Azwari


Bergambar bersama Peserta Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia 2017


Slot bersama En Pesol Bin Md Saad,  Tim Pengarah (Murid) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM

Info dari BPSH, KPM. En Pesol Bin Md Saad,  Tim Pengarah (Murid) BPSH, KPM
1) 8863 mungkin ada perubahan
2) Dulu GC bawah nazir, sekarang perbincangan dlm proses bawah BPSH
3) GC perlu menyumbang sesuatu dalam pendidikan
4) Perlu bina kepercayaan, latih dan kongsi dengan guru lain
5) Kepakaran GC dlm subjek, sokong pentadbiran untuk majukan akademik disekolah (jangan ganggu pentadbiran)
6) GC perlu pencetus kepada inovasi di sekolah, daerah dan sebagainya
7) GC sebagai model yang baik kepada murid dan orang lain (persembahkan dlm mesyuarat kurikulum)



Profesionalisma GC abad ke 21 oleh Dr Norliza Kushairi dari IPGM kampus Darul Aman


Ngeteh bersama rakan GC 

Jumaat, 4 Ogos 2017

Digital Ink, AKaL 2L dan Teknik Menjawab Soalan SPM Matematik SMKDSR 2017

Digital Ink, AKaL 2L dan Teknik Menjawab Soalan SPM Matematik SMK Dato' Sedia Raja, Rembau 2017

Tempat : Dewan Biduanda, SMK Dato Sedia Raja, Rembau

Tarikh : 5 Ogos 2017


Perkongsian Ilmu  Teknik "AKaL 2L" Oleh Penceramah En Mohd Nizam Bin Mad Tahir dalam Teknik Menjawab SPM Matematik 2017 SMKDSR



Program Teknik Menjawab SPM Matematik 2017 SMKDSR


Peserta Teknik Menjawab SPM Matematik 2017 SMKDSR


Murid menyelesaikan masalah dengan teknik "AKaL 2L" dalam Teknik Menjawab SPM Matematik 2017 SMKDSR


Murid menyelesaikan masalah dengan teknik "AKaL 2L" dalam Teknik Menjawab SPM Matematik 2017 SMKDSR


Lagi Perkongsian Ilmu  Teknik "AKaL 2L" Oleh Penceramah En Mohd Nizam Bin Mad Tahir dalam Teknik Menjawab SPM Matematik 2017 SMKDSR


Perbincangan Kumpulan Teknik Menjawab SPM Matematik 2017 SMKDSR