Digital Ink dan Plickers SMK Dato' Sedia Raja, Rembau
Digital ink dan Plickers sangat membantu saya semasa PdPc terutamanya jika ada 9 waktu
mengajar pada hari tersebut.
Perkongsian Ilmu Oleh Mohd Nizam Bin Mad Tahir kepada murid SMK Dato' Sedia Raja tentang aplikasi Plickers
Perkongsian Ilmu Oleh Mohd Nizam Bin Mad Tahir kepada murid SMK Dato' Sedia Raja tentang penggunaan kaedah digital ink
Murid SMK Dato' Sedia Raja mencuba menjawab soalan menggunakan digital ink
Murid SMK Dato' Sedia Raja mencuba menjawab soalan menggunakan digital ink
Jom sertai group Facebook PdPc Abad 21 Malaysia untuk kongsi antara teknik dan kaedah PdPc Abad 21.
https://www.facebook.com/groups/1445409072158304/
Tq juga pada admin dc atas perkongsian ilmu ini.
DIGITAL INK
Digital ink ialah satu teknik yang digunakan untuk
menggantikan penggunaan tradisional whiteboard dalam kelas. Ia sangat mudah
digunakan, menjimatkan masa, boleh zoom in out supaya pelajar boleh nmpk dengan
jelas, boleh annotate atas dokumen pdf, boleh tayang buku teks digital, melukis
graf, tayangan video dan annotate pada web browser.
Antara alatan yang digunakan ialah
1. Tablet laptop/ Laptop touch screen / laptop biasa /
tablet / smartphone.
2. sambungan wayar / tanpa wayar (ke arah PA21 sbb students centre)
3. Meja kecik x-gear (supaya kedudukan posisi postur badan
selasa semasa mengajar)
4. Projektor (ini wajib ada)
5. Pen / stylus
Jika tiada kelengkapan di atas, alat minimum yg perlu ada
ialah laptop, dan projektor sahaja. annotate boleh guna mouse, jika nak lebih
baik sila beli wacom, supaya boleh tulis.
Penggunaan tablet / smartphone juga sangat berguna untuk
digital ink. Cikgu-cikgu boleh guna smartphone/tablet je mengajar dalam kelas.
software yg perlu install:
1. WINDOWS
drawboard pdf, one note, word, power point, pdf annotator,
adobe reader DC, microsoft edge.
2. Tablet/smart phone
xodo pdf, pdf annotator, camscanner, ipevo whiteboard,
Jika menggunakan tablet/laptop touch screen sila beli stylus
berharga rm3. dah boleh guna digital ink.
Plickers
Laman web
https://plickers.com
App Store
https://play.google.com/store/apps/detai...roid&hl=en
Kad Plickers
https://plickers.com/PlickersCards_2up.pdf
Guru perlu login kedalam akaun Plicker untuk membuat atau
memilih soalan yang ingin dijawab oleh murid.
Kad murid mempunyai 4 jawapan a, b, c atau d yang boleh
ditentukan apabila ditunjukkan secara menegak.
Smart phone / tablet digunakan bagi scan jawapan yang
dipaparkan oleh setiap orang murid.
Tip
1. memerlukan capaian internet
2. gunakan nama singkat bagi murid
Semoga penggunaan digital ink dan plickers ini dapat meningkatkan minat para pelajar untuk belajar dengan lebih lagi seteruskan dapat melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara. Amin
Semoga penggunaan digital ink dan plickers ini dapat meningkatkan minat para pelajar untuk belajar dengan lebih lagi seteruskan dapat melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara. Amin
Tahniah cgu...Semoga PdPc semakin rancang dan berkembang ....www.umyrahomestya.com
BalasPadam