Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Selasa, 3 Disember 2013

Banjir 2013: Mangsa banjir Johor meningkat 4,765 orang

JOHOR BAHARU: Jumlah mangsa banjir di Johor yang dipindahkan di empat daerah pagi ini meningkat kepada 4,765 daripada 1,018 keluarga.
  
Menurut portal bencana Majlis Keselamatan Negara, Mersing mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,247 orang, diikuti Segamat (402), Kluang (85) dan Kota Tinggi (31).
  
Semalam jumlah mangsa banjir dipindahkan di Mersing ialah seramai 1,035 orang membabitkan 306 keluarga dipindahkan ke 11 pusat pemindahan.
  
Sebanyak 27 pusat perpindahan dibuka setakat pukul 11 pagi di negeri ini dengan Mersing sebanyak 18 pusat, Segamat (enam), Kluang (dua) dan Kota Tinggi (satu).
  
Menurut seorang pengguna jalan raya, Shahrul Hassan, 43, ketika dihubungi Bernama berkata laluan KM 32 dan KM 35 Jalan Mersing-Kota Tinggi masih ditenggelami air dan hanya boleh dilalui kenderaan berat.
  
"Kira-kira 100 orang yang menaiki 50 buah kenderaan tidak dapat meneruskan perjalanan ke Mersing sejak 9 pagi tadi," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan