Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Jumaat, 20 Januari 2012

Rujukan Pendidikan Anak

Rujukan Pendidikan Anak

Setiap ibu bapa inginkan anak mereka cemerlang dalam hidup. Baik di dunia mahupun di akhirat. Akan tetapi kecemerlangan anak itu seringkali diukur melalui aspek akademiknya di sekolah. Keluhan demi keluhan akan keluar dari mulut ibu apabila anaknya tidak cemerlang di sekolah. Kadangkala ibu memberitahu jiran di depan anaknya.

“Anak saya memang lambat. Cikgu ajar dia banyak kali pun dia tak ingat. Ish, tak tahu lah apa nak jadi”

Apa perasaan anak ketika itu? Zahirnya muka anak seperti biasa, bak kata orang “blurr”. Akan tetapi siapa yang tahu perasaan di hatinya ketika itu. Cukuplah kita meletakkan diri kita di tempatnya untuk merasai apa yang dirasai anak. Ketika bos kita merendahkan kita di depan kita sendiri. Mesti sangat sedih kan?

Kali ini saya akan kongsikan dengan semua pembaca tentang satu buku yang akan membuka minda ibu bapa untuk bertindak dengan lebih bijak apabila menghadapi masalah dengan anak-anak. Seperti yang saya pernah kongsikan sebelum ini, buku ini bertajuk Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif karangan Dr Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad. Saya akan kongsikan topik demi topik yang terkandung dalam buku ini menggunakan olahan bahasa saya sendiri.

Description: http://anakkusayang.com/blog/wp-content/uploads/2011/11/makanan.jpg

Makanan Berkhasiat

1. Jaga Pemakanan

Tahukah anda bahawa pemakanan boleh memberi kesan kepada tingkah laku anak? Menjaga pemakanan di sini bukan sahaja berkenaan dengan makanan yang berkhasiat, malah sumber makanan jauh lebih penting. Sumber rezeki yang haram seperti mencuri, menerima rasuah, penipuan dan sebaginya haruslah dielakkan.

Sumber rezeki yang halal itu adalah seperti:

- Bukan daripada sumber rasuah

- Bukan daripada sumber judi dan nombor ekor

- Bukan daripada mencuri dan menipu

- Bukan daripada sumber perniagaan yang haram seperti menjual dadah dan sebagainya

- Bukan daripada sumber menipu timbangan dalam urusan jual beli

- Tidak mencuri tulang apabila dibayar gaji bekerja 8 jam sehari

Selain punca rezeki ini, peliharalah juga pemakanan yang diberi kepada keluarga baik daripada segi kebersihannya, penyediaannya, kualitinya serta rasanya.

Description: http://anakkusayang.com/blog/wp-content/uploads/2011/11/fokus1.jpg

Fokus

2. Betulkan Fokus Kita

Seringkali anak yang diajar oleh ibu tetapi masih tidak faham walaupun diulang 4-5 kali akan dimarahi.

“kenapa kamu ni, kan mak dah ajar tadi, dengar lah baik-baik”

Saya pasti bila pun masalah anak tidak akan selesai. Hal ini kerana apa yang kita fokuskan adalah pada anak. Akan tetapi, untuk menyelesaikan masalah ini, sepatutnya ibu bapa memberi fokus kepada punca masalah tersebut. Jika masalah tersebut datang daripada masalah tumpuan anak yang singkat, cubalah ubah cara mengajar anak. Jika masalahnya adalah anak tiada motivasi dengan keadaan sekeliling, ubahlah tempat belajar anak. Analoginya adala seperti bomba yang ingin memadamkan api. Para ahli bomba tidak fokus kepada api yang sedang merebak untuk menyembur air, akan tetapi mereka mencari punca api itu.

Selain memberi fokus kepada punca masalah anak, berikan fokus kepada diri sendiri. Fokus kepada diri sendiri bermakna kita bertanya soalan berikut:

a) “Apa yang boleh aku lakukan lagi bagi menjadikan anak aku cemerlang?”

b) “Apa yang belum aku lakukan selama ini?”

Bukannya

a) “Kenapa anak aku mesti jadi begini?”

b) “Kenapa anak aku tidak faham aku?”

c) “Kenapa anak aku ini lemah sangat?”

Kemudian berilah fokus kepada kelebihan dan kebolehan anak. Dengan cara ini, ibu bapa tidaklah perlu memikirkan masalah anak setiap masa sepanjang hidupnya. Kadangkala, apabila terlalu fokus kepada masalah anak, ibu bapa akan terlupa kepada kebolehannya.

Description: http://anakkusayang.com/blog/wp-content/uploads/2011/11/Gunakan-Emosi.jpg

Pendekatan Emosi

3. Gunakan Pendekatan Emosi

Kesan emosi terhadap seseorang jauh lebih mendalam berbanding kata-kata. Golongan peniaga serta ajen insuranyang Berjaya memanipulasi emosi pelanggannya akan mendapat jualan yang lebih tinggi. Hal-hal yang paling kita ingat di sekolah dulu juga adalah berkenaan emosi.

Sebenarnya anak juga begitu. Mereka lebih terkesan dengan emosi daripada kata-kata. Apabila sesuatu keadaan berlaku dan disertai dengan kekuatan emosi kita, maka ia kan lebih terpahat di hati dan tertanam di minda anak.

Maka, apabila ibu atau bapa berdoa, kadangkala biarkan anak mendengar rintihan kita yang benar-benar ikhlas. Berdoalah dengan jelas dan menggunakan bahasa yang mudah difahami anak. Kelak ia akan menjadikan doa kita sebagai azimat dalam hidupnya.

Description: http://anakkusayang.com/blog/wp-content/uploads/2011/11/strength.jpg

Tonjolkan Kekuatan

4. Menjaga Kredebiliti

Fenomena biasa yang berlaku kepada hamper kesemua ibu bapa adalah anak lebih dengar apa yang cikgu arahkan berbanding apa yang ibunya arahkan. Sebenarnya, ibu bapa di rumah perlulah menjada aspek kredebiliti di hadapan anak sehingga menjadi model kepada anak seperti:

- Tidak menunjukkan kelemahan diri di hadapan anak

- Tunjukkan kehebatan diri

- Akui kesilapan dan minta maaf

- Menjadi contoh

- Mendampingi anak dalam semua perkara

- Cakap serupa bikin

- Berpegang pada janji

Description: http://anakkusayang.com/blog/wp-content/uploads/2011/11/kids.jpg

Kenali Anak

5. Kenali Anak Kita

Ibu bapa yang mendidik anak, ibu bapa yang membentuk pemikiran anak dan ibu bapa juga yang menentukan masa depan anak. Maka, ibu bapa perlu mengenali sikap, sifat, emosi dan pemikiran anak. Dengan itu, banyak masalah akan terungkai dan selesai.

Ingatlah bahawa setiap anak adalah unik. Mereka dilahirkan berbeza-beza. Dengan mengenali anak, insyaAllah ibu bapa akan mudah mendekati dan membentuk mereka menjadi anak yang berjaya. Kekurangan yang terdapat pada anak bukanlah bermakna anak sudah tiada lagi masa depan. Berikan tumpuan kepada kebolehannya dan gilap bakatnya.

Sekiranya anak tidak dapat memberi kejayaan dalam akademiknya, terimalah anak seadanya. Mereka adalah seorang anak yang juga seorang manusia. Manusia yang berjaya pernah menemui kegagalan. Dan kegagalan itu akan menjadi titik permulaan dalam mengejar kejayaannya.

Itulah serba sedikit tajuk yang dikupas dalam buku ini. Ia begitu bermanfaat dan boleh dijadikan bekalan dalam mendidik anak-anak. Hari-hari yang kita tempuhi semakin mencabar. Maka carilah bekal dunia dan bekal akhirat selagi kita mampu.

Wallahua’lam…

Kelebihan Berzikir Dari Sudut Sains


Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.

Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atomyang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dapat dikenal pasti melalui kaedah electroencephalography (EEG).

Kaedah EEG yang digunakan untuk mengenalpasti aliran bio-elektrik

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Majalah Scientific American, Disember 1993

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Ujian imbasan PET

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”

Oleh itu saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita sudahpun lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang rendah kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Falsafah 5 jari

Falsafah 5 jari dalam kehidupan sosial manusia :

1. Ada yang gempal, ibu jari yang selalu berkata baik dan menyanjung.
2. Ada telunjuk yang suka menunjuk dan memerintah.
3. Ada si panjang, jari tengah yang sombong dan suka menghasut jari telunjuk.
4. Ada jari manis yang selalu menjadi tauladan, baik, dan sabar sehingga diberi hadiah cincin.
5. Ada kelingking yang lemah dan penurut serta pemaaf (waktu kecil kalau kita berbaik dengan musuh kita selalunya saling sentuh jari kelingking).

Dengan perbezaan positif dan negatif yang dimiliki masing-masing jari, mereka bersatu untuk mencapai tujuan (menulis, memegang, menolong anggota yang lain, melakukan pekerjaan dan sebagainya).

Kita selalu dengar pepatah satu jari telunjuk di tujukan kepada orang lain tetapi 4 jari menunjuk kepada diri kita sendiri.

Jadi, semasa kita menghalakan 1 jari telunjuk kepada orang lain dengan memaki. Maka secara tidak langsung kita 4x lipat ganda memaki diri kita sendiri.

Kita diciptakan dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu, saling menyayangi, saling menolong, saling membantu, saling mengisi, bukan untuk saling menuduh, menunjuk, merosak,menfitnah bahkan membunuh.

Kisah 4 Bayi Yang Berbicara

Kisah bayi yang dapat berbicara berdasarkan hadits-hadits dari Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam.
1. Isa bin Maryam alaihissalam.
2. Bayi dalam kisah Juraij si ahli ibadah.
3. Bayi yang sedang bersama ibunya.
4. Bayi yang akan dilempar ke dalam api.
Adapun 3 bayi yang pertama, tersebut dalam hadits Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau telah bersabda:
“Tidak ada bayi yang dapat berbicara ketika masih berada dalam buaian kecuali tiga bayi:
(1) Isa bin Maryam, Dan ceritakanlah (kisah) Maryam di dalam Al Qur'an, yaitu ketika ia menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur, maka ia mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka; lalu Kami mengutus roh Kami kepadanya, maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sempurna. Maryam berkata: "Sesungguhnya aku berlindung dari padamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa". Ia (Jibril) berkata: "Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci". Maryam berkata: "Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang pezina!" Jibril berkata: "Demikianlah. Tuhanmu berfirman: "Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami; dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan." Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan". Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: "Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang Manusia pun pada hari ini". Maka Maryam membawa anak itu kepada kaumnya dengan menggendongnya. Kaumnya berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang amat mungkar. Hai saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanlah seorang yang jahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang pezina", maka Maryam menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata: "Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih dalam ayunan?" Berkata Isa: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi. dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) salat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup; dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". Itulah Isa putra Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya. (Maryam: 16-34)
(2) dan bayi dalam perkara Juraij.” Juraij adalah seorang laki-laki yang rajin beribadah. Ia membangun tempat peribadatan dan senantiasa beribadah di tempat itu. Ketika sedang melaksanakan shalat sunnah, tiba-tiba ibunya datang dan memanggilnya; ‘Hai Juraij! ‘ Juraij bertanya dalam hati; ‘Ya Allah, manakah yang lebih aku utamakan, melanjutkan shalatku ataukah memenuhi panggilan ibuku? ‘ Akhirnya ia pun meneruskan shalatnya itu hingga ibunya merasa kecewa dan beranjak darinya. Keesokan harinya, ibunya datang lagi kepadanya sedangkan Juraij sedang melakukan shalat sunnah.
Kemudian ibunya memanggilnya; ‘Hai Juraij! ‘ Kata Juraij dalam hati; ‘Ya Allah, manakah yang lebih aku utamakan, memenuhi seruan ibuku ataukah shalatku? ‘ Lalu Juraij tetap meneruskan shalatnya hingga ibunya merasa kecewa dan beranjak darinya. Hari berikutnya, ibunya datang lagi ketika Juraij sedang melaksanakan shalat sunnah. Seperti biasa ibunya memanggil; ‘Hai Juraij! ‘ Kata Juraij dalam hati; ‘Ya Allah, manakah yang harus aku utamakan, meneruskan shalatku ataukah memenuhi seruan ibuku? ‘ Namun Juraij tetap meneruskan shalatnya dan mengabaikan seruan ibunya. Tentunya hal ini membuat kecewa hati ibunya. Hingga tak lama kemudian ibunya pun berdoa kepada Allah; ‘Ya Allah, janganlah Engkau matikan ia sebelum ia mendapat fitnah dari perempuan pelacur! ‘ Kaum Bani Israil selalu memperbincangkan tentang Juraij dan ibadahnya, hingga ada seorang wanita pelacur yang cantik berkata; ‘Jika kalian menginginkan popularitas Juraij hancur di mata masyarakat, maka aku dapat memfitnahnya demi kalian.’ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun meneruskan sabdanya: ‘
Maka mulailah pelacur itu menggoda dan membujuk Juraij, tetapi Juraij tidak mudah terpedaya dengan godaan pelacur tersebut. Kemudian pelacur itu pergi mendatangi seorang penggembala ternak yang kebetulan sering berteduh di tempat peribadatan Juraij. Ternyata wanita tersebut berhasil memperdayainya hingga laki-laki penggembala itu melakukan perzinaan dengannya sampai akhirnya hamil. Setelah melahirkan, wanita pelacur itu berkata kepada masyarakat sekitarnya bahwa; ‘Bayi ini adalah hasil perbuatan aku dengan Juraij.’ Mendengar pengakuan wanita itu, masyarakat pun menjadi marah dan benci kepada Juraij.
Kemudian mendatangi rumah peribadatan Juraij dan bahkan menghancurkannya. Selain itu, mereka pun bersama-sama menghakimi Juraij tanpa bertanya terlebih dahulu kepadanya. Lalu Juraij bertanya kepada mereka; ‘Mengapa kalian lakukan hal ini kepadaku? ‘ Mereka menjawab; ‘Kami lakukan hal ini kepadamu karena kamu telah berbuat zina dengan pelacur ini hingga ia melahirkan bayi dari hasil perbuatanmu.’ Juraij berseru; ‘Dimanakah bayi itu? ‘
Kemudian mereka menghadirkan bayi hasil perbuatan zina itu dan menyentuh perutnya dengan jari tangannya seraya bertanya; ‘Hai bayi kecil, siapakah sebenarnya ayahmu itu? ‘ Ajaibnya, sang bayi langsung menjawab; ‘Ayah saya adalah si fulan, seorang penggembala.’ Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: ‘Akhirnya mereka menaruh hormat kepada Juraij. Mereka menciuminya dan mengharap berkah darinya. Setelah itu mereka pun berkata; ‘Kami akan membangun kembali tempat ibadahmu ini dengan bahan yang terbuat dari emas.’ Namun Juraij menolak dan berkata; ‘Tidak usah, tetapi kembalikan saja rumah ibadah seperti semula yang terbuat dari tanah liat.’ Akhirnya mereka pun mulai melaksanakan pembangunan rumah ibadah itu seperti semula.
(3) Dan bayi ketiga, Ada seorang bayi sedang menyusu kepada ibunya, tiba-tiba ada seorang laki-laki yang gagah dan berpakaian yang bagus pula. Lalu ibu bayi tersebut berkata; ‘Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah anakku ini seperti laki-laki yang sedang mengendarai hewan tunggangan itu! ‘ Ajaibnya, bayi itu berhenti dari susuannya, lalu menghadap dan memandang kepada laki-laki tersebut sambil berkata; ‘Ya Allah ya Tuhanku, janganlah Engkau jadikan aku seperti laki-laki itu! ‘ Setelah itu, bayi tersebut langsung menyusu kembali kepada ibunya.
Abu Hurairah berkata; ‘Sepertinya saya melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menceritakan susuan bayi itu dengan memperagakan jari telunjuk beliau yang dihisap dengan mulut beliau.’ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam meneruskan sabdanya: ‘Pada suatu ketika, ada beberapa orang yang menyeret dan memukuli seorang wanita seraya berkata; ‘Kamu wanita tidak tahu diuntung. Kamu telah berzina dan mencuri.’ Tetapi wanita itu tetap tegar dan berkata; ‘Hanya Allah lah penolongku. Sesungguhnya Dialah sebaik-baik penolongku.’ Kemudian ibu bayi itu berkata; ‘Ya Allah, janganlah Engkau jadikan anakku seperti wanita itu! ‘ Tiba-tiba bayi tersebut berhenti dari susuan ibunya, lalu memandang wanita tersebut seraya berkata; ‘Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah aku sepertinya! ‘
Demikian pernyataan ibu dan bayinya itu terus berlawanan, hingga ibu tersebut berkata kepada bayinya; ‘Celaka kamu hai anakku! Tadi, ada seorang laki-laki yang gagah dan menawan lewat di depan kita, lalu kamu berdoa kepada Allah; ‘Ya Allah, jadikanlah anakku seperti laki-laki itu! Namun kamu malah mengatakan; ‘Ya Allah, janganlah Engkau jadikan aku seperti laki-laki itu! Kemudian tadi, ketika ada beberapa orang menyeret dan memukuli seorang wanita sambil berkata; ‘Ya Allah, janganlah Engkau jadikan anakku seperti wanita itu! ‘ Tetapi kamu malah berkata; ‘Ya Allah, jadikanlah aku seperti wanita itu! ‘ Mendengar pernyataan ibunya itu, sang bayi pun menjawab; ‘Sesungguhnya laki-laki yang gagah itu seorang yang sombong hingga aku mengucapkan; ‘Ya Allah, janganlah Engkau jadikan aku seperti laki-laki itu! ‘ Sementara wanita yang dituduh mencuri dan berzina itu tadi sebenarnya adalah seorang wanita yang shalihah, tidak pernah berzina, ataupun mencuri. Oleh karena itu, aku pun berdoa; ‘Ya Allah, jadikanlah aku seperti wanita itu!” (HR. AL-Bukhari no. 3181 dan Muslim no. 4626)
(4) Sementara bayi keempat tersebut dalam hadits Shuhaib bin Sinan radhiallahu anhu bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
“Dulu, sebelum kalian ada seorang raja, ia memiliki tukang sihir, saat tukang sihir sudah tua, ia berkata kepada rajanya: ‘Aku sudah tua, kirimlah seorang pemuda kepadaku untuk aku ajari sihir.’ Lalu seorang pemuda datang padanya, ia mengajarkan sihir kepada pemuda itu. (Jarak) antara tukang sihir dan si raja terdapat seorang rahib. Si pemuda itu mendatangi rahib dan mendengar kata-katanya, ia kagum akan kata-kata si rahib itu sehingga bila datang ke si penyihir pasti dipukul, Pemuda itu mengeluhkan hal itu kepada si rahib, ia berkata: ‘Bila tukang sihir hendak memukulmu, katakan: ‘Keluargaku menahanku, ‘ dan bila kau takut pada keluargamu, katakan: ‘Si tukang sihir menahanku.’ Saat seperti itu, pada suatu hari ia mendekati sebuah hewan yang besar yang menghalangi jalanan orang, ia berkata, ‘Hari ini aku akan tahu, apakah tukang sihir lebih baik ataukah pendeta lebih baik.’ Ia mengambil batu lalu berkata: ‘Ya Allah, bila urusan si rahib lebih Engkau sukai dari pada tukang sihir itu maka bunuhlah binatang ini hingga orang bisa lewat.’ Ia melemparkan batu itu dan membunuhnya, orang-orang pun bisa lewat. Ia memberitahukan hal itu kepada si rahib.
Si rahib berkata: ‘Anakku, saat ini engkau lebih baik dariku dan urusanmu telah sampai seperti yang aku lihat, engkau akan mendapat ujian, bila kau mendapat ujian jangan menunjukkan padaku.’ Si pemuda itu bisa menyembuhkan orang buta dan berbagai penyakit. Salah seorang teman raja yang buta lalu ia mendengarnya, ia mendatangi pemuda itu dengan membawa hadiah yang banyak, ia berkata: ‘Sembuhkan aku dan kau akan mendapatkan yang aku kumpulkan disini.’ Pemuda itu berkata: ‘Aku tidak menyembuhkan seorang pun, yang menyembuhkan hanyalah Allah, bila kau beriman padaNya, aku akan berdoa kepadaNya agar menyembuhkanmu.’ Teman si raja itu pun beriman lalu si pemuda itu berdoa kepada Allah lalu ia pun sembuh.
Teman raja itu kemudian mendatangi raja lalu duduk didekatnya. Si raja berkata: ‘Hai fulan, siapa yang menyembuhkan matamu? ‘ Orang itu menjawab: ‘Rabbku.’ Si raja berkata: ‘Kau punya Rabb selainku? ‘ Orang itu berkata: ‘Rabbku dan Rabbmu adalah Allah.’ Si raja menangkapnya lalu menyiksanya hingga ia menunjukkan pada pemuda itu lalu pemuda itu didatangkan, Raja berkata: ‘Hai anakku, sihirmu yang bisa menyembuhkan orang buta, sopak dan kau melakukan ini dan itu.’ Pemuda itu berkata: ‘Bukan aku yang menyembuhkan, yang menyembuhkan hanya Allah.’ Si raja menangkapnya dan terus menyiksanya ia menunjukkan kepada si rahib. Si raja mendatangi si rahib, rahib pun didatangkan lalu dikatakan padanya: ‘Tinggalkan agamamu.’ Si rahib tidak mau lalu si raja meminta gergaji kemudian diletakkan tepat ditengah kepalanya hingga sebelahnya terkapar di tanah. Setelah itu teman si raja didatangkan dan dikatakan padanya: ‘Tinggalkan agamamu.’ Si rahib tidak mau lalu si raja meminta gergaji kemudian diletakkan tepat ditengah kepalanya hingga sebelahnya terkapar di tanah.
Setelah itu pemuda didatangkan lalu dikatakan padanya: ‘Tinggalkan agamamu.’ Pemuda itu tidak mau. Lalu si raja menyerahkannya ke sekelompok tentaranya, raja berkata: ‘Bawalah dia ke gunung ini dan ini, bawalah ia naik, bila ia mau meninggalkan agamanya (biarkanlah dia) dan bila tidak mau, lemparkan dari atas gunung.’ Mereka membawanya ke puncak gunung lalu pemuda itu berdoa: ‘Ya Allah, cukupilah aku dari mereka sekehendakMu.’ Ternyata gunung mengguncang mereka dan mereka semua jatuh. Pemuda itu kembali pulang hingga tiba dihadapan raja. Raja bertanya: ‘Bagaimana kondisi kawan-kawanmu? ‘ Pemuda itu menjawab: ‘Allah mencukupiku dari mereka.’ Lalu si raja menyerahkannya ke sekelompok tentaranya, raja berkata: ‘Bawalah dia ke sebuah perahu lalu kirim ke tengah laut, bila ia mau meninggalkan agamanya (bawalah dia pulang) dan bila ia tidak mau meninggalkannya, lemparkan dia.’ Mereka membawanya ke tengah laut lalu pemuda itu berdoa: ‘Ya Allah, cukupilah aku dari mereka sekehendakMu.’ Ternyata perahunya terbalik dan mereka semua tenggelam. Pemuda itu pulang hingga tiba dihadapan raja, raja bertanya: Bagaimana keadaan teman-temanmu? ‘
Pemuda itu menjawab: ‘Allah mencukupiku dari mereka.’ Setelah itu ia berkata kepada raja: ‘Kau tidak akan bisa membunuhku hingga kau mau melakukan yang aku perintahkan, ‘ Raja bertanya: ‘Apa yang kau perintahkan? ‘ Pemuda itu berkata: ‘Kumpulkan semua orang ditanah luas lalu saliblah aku diatas pelepah, ambillah anak panah dari sarung panahku lalu ucapkan: ‘Dengan nama Allah, Rabb pemuda ini.’ Bila kau melakukannya kau akan membunuhku.’ Akhirnya raja itu melakukannya. Ia meletakkan anak panah ditengah-tengah panah lalu melesakkannya seraya berkata: ‘Dengan nama Allah, Rabb pemuda ini.’ Anak panah di lesakkan ke pelipis pemuda itu lalu pemuda meletakkan tangannya ditempat panah menancap kemudian mati. Orang-orang berkata: ‘Kami beriman dengan Rabb pemuda itu.’
Kemudian didatangkan kepada raja dan dikatakan padanya: ‘Tahukah kamu akan sesuatu yang kau khawatirkan, demi Allah kini telah menimpamu. Orang-orang beriman seluruhnya.’ Si raja kemudian memerintahkan membuat parit di jalanan kemudian disulut api. Raja berkata: ‘Siapa pun yang tidak meninggalkan agamanya, pangganglah didalamnya.’ Mereka melakukannya hingga datanglah seorang wanita bersama anaknya, sepertinya ia hendak mundur agar tidak terjatuh dalam kubangan api lalu si bayi itu berkata: ‘Ibuku, bersabarlah, sesungguhnya engkau berada diatas kebenaran.“ (HR. Muslim no. 5327)

Keburukan Menahan Kencing

Keburukan Menahan Kencing


SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.
Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.
Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.
“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

Makanan Tinggi Kalori


Jom baca sekejap fakta tentang makanan tinggi kalori yang rata-ratanya menjadi kegemaran kita dan juga anak-anak... Rasanya tak ramai yang cuba mengelak pengambilannya sekarang kan. Ohhh...baru je semalam makan burger n fries kat McD.


Makanan tinggi kalori sebenarnya hanya untuk kanak-kanak yang menghidapi masalah pemakanan. Mereka ini selalunya tidak mampu makan dalam kuantiti yang banyak. Jadi, pengambilan makanan tinggi kalori penyelesaiannya.

Keadaan ini nyata berbeza dengan kanak-kanak normal. Mereka tidak perlukan makanan tinggi kalori. Jadi, bukanlah sesuatu yang pelik jika ramai ibu bapa sering mengelakkan memberi anak makan yang tinggi kalori agar tidak obes. Hal ini kerana makanan tinggi kalori biasanya mengandungi kadar lemak dan gula yang berlebihan.


Di sekeliling kita ada 5 makanan biasa diambil oleh anak yang perlu dikurangkan pengambilannya :

1. Nuget Ayam
Semua kanak-kanak kenal nuget dan ramai di kalangan mereka gemarkan nuget. Tapi, tahukah anda bahawa kebanyakan nuget diperbuat daripada isi ayam yang dikisar halus bersama kulit dan lemaknya. Pada masa yang sama, garam dan bahan perasa turut ditambah untuk membangkitkan kelazatannya. Makanan ini tambah tinggi kalorinya berdasarkan cara penyediaannya iaitu dengan menggunakan minyak yang banyak ketika menggoreng. Pertambahan kalori juga boleh bertambah selepas itu jika dimakan bersama mayones.


2. Bijirin Bergula
Di pasaran sekarang terdapat bijirin sarapan pagi yang sudah siap ditambah gula dan perisa. Bijirin inilah yang sering mendapat perhatian kanak-kanak kerana rasanya yang manis. Untuk memastikan anak mendapat sarapan pagi yang ringkas, menyihatkan dan berkhasiat, anda perlulah memilih bijirin yang diperbuat daripada gandum. Bagi membangkit rasa bijirin, tambahkan dengan hirisan buah-buahan segar seperti pisang, strawberi dan kiwi.


3. Sosej Dan Burger
Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun sukakan sosej dan burger. Tapi tahukah anda bahawa pengambilan terlalu banyak daging merah boleh menyebabkan seseorang itu diserang pelbagai jenis penyakit yang berbahaya kerana tingginya kandungan lemak dan natrium di dalamnya. Kajian di Los Angeles mendapati bahawa kanak-kanak yang makan 12 hidangan hotdog setiap bulan berisiko mendapat penyakit leukemia.

4. Minuman Manis
Menghidangkan anak minuman yang tinggi kandungan gulanya seperti minuman berkarbonat bukanlah satu langkah yang bijak. Gula yang berlebihan bukan sahaja boleh menyebabkan obesiti tetapi juga merupakan agen kerosakan gigi. Pilihan terbaik untuk anak anda ialah air kosong selain daripada susu segar. Selain itu, anda boleh juga memberi anak minum jus buah-buahan buatan sendiri.


5. Kentang Goreng
Kentang goreng seakan makanan wajib jika ke restoran makanan segera. Tabiat ini kemudiannya terbawa-bawa hingga ke rumah. Kentang goreng dijadikan santapan keluarga ketika minum petang. Makan bersama seisi keluarga memang amalan yang baik. Tetapi makan makanan yang tinggi kandungan lemaknya, tinggi kalori dan tinggi natrium bukanlah pilihan yang bijak. Lebih memburukkan keadaan apabila kentang tersebut digoreng menggunakan minyak yang banyak. Jadi, bertukarlah kepada menu yang lebih berkhasiat seperti sandwic atau kek cawan lobak merah.

Orang Yang Muflis

Rasulullah telah menjelaskan dalam satu hadis mengenai mereka yang dikatakan bankrup.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?

Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.”

Lalu Rasulullah menjawab: “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi dahulunya waktu di dunia ia pernah mencaci maki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)

Keterangan

Jelaslah bahawa jika kita banyak beramal atau banyak ilmu sekalipun tetapi jika kita tidak meninggalkan perbuatan mengumpat, menghina, menuduh, mengambil harta orang atau menyakiti orang lain, maka amalan yang banyak itu kelak akan habis begitu sahaja kerana ia menjadi penebus kepada dosa yang dilakukan kepada orang lain. Akhirnya kita bankrup dan dihumban ke neraka kerana dosa orang lain yang dibebankan ke atas kita.Kesimpulannya ialah jika kita hanya melakukan ibadat sahaja tetapi tidak meninggalkan perbuatan umpat, keji,menuduh dan zalim kepada orang lain, maka sebenarnya kita masih di tebing neraka. Dosa kepada Allah mungkin boleh ditebus dengan bertaubat, tetapi dosa kepada manusia tidak akan diampunkan Allah kecuali kita meminta ampun kepada orang tersebut. Beringatlah!