Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Khamis, 10 November 2011

3 JENIS KAWAN

3 JENIS KAWAN

Imam Al-Ghazali membahagikan kawan ini kepada 3:

KAWAN YANG PERTAMA
Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu & nasihat agama kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi darinya.

KAWAN YANG KEDUA
Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapatkan laksana perintah Allah s.w.t.

KAWAN YANG KETIGA
Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu dia menolak ilmu dan nasihat yang kita berikan. Imam Al-Ghazali kata jangan berkawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi maafaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang membawa kepada kemaksiatan kepada Allah s.w.t.


Nabi SAW bersabda 'Seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan penjual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu'.

Renung-Renungkan lah.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan