Minat dalam matematik belum pasti menjamin kejayaan anda dalam subjek matematik. Matematik merupakan pelajaran yang unik dan ia amat penting untuk membantu mencorak masa depan yang cemerlang.
Jadi untuk cemerlang dalam matematik kita perlu mengetahui beberapa perkara penting untuk membantu kita cemerlang dalam matematik.
Ada 3 perkara penting untuk membantu kita cemerlang dalam metematik.
Perkara-perkara tersebut ialah;
1. Teknik Belajar Matematik
2. Penyelesaian Masalah
3. Belajar Untuk Peperiksaan / Ujian Matematik
1. TEKNIK BELAJAR MATEMATIK
A. Teknik Belajar Matematik - Pembelajaran Aktif Vs Pembelajaran Pasif
Proses pembelajaran matematik memerlukan teknik belajar aktif. Sewaktu belajar matematik, anda perlu;
Mengenalpasti apa yang anda tahu dan apa yang anda tidak tahu. Dan anda juga perlu tahu bagaimana untuk meminta bantuan guru bagi menyelesaikan masalah yang anda tidak tahu. (banyak membuat latihan)
Jangan sekali-kali ponteng kelas matematik. Bila anda ponteng, anda sukar untuk meneruskan pembelajaran Matematik kerana topiknya bersambungan. Pembelajaran matematik melalui guru adalah lebih berkesan berbanding belajar sendiri.
Aktifkan diri anda dalam kelas matematik. Belajar dahulu sedikit secara bersendirian sebelum kelas matematik.
Ambil peluang untuk bertanya apa yang anda tidak faham bila berpeluang.
Berjumpa guru diwaktu rehat untuk bertanyakan masalah yang kamu tidak tahu. Cara bergini akan lebih mendekatkan kamu dengan guru. Ini lebih memotivasikan kamu untuk berjaya dalam matematik.
B. Masa Belajar Matematik
Masa belajar matematik adalah bergantung kepada anda tetapi disarankan sekurang-kurangnya 2 jam sehari dan lakukan tiap-tiap hari.
Pastikan setiap soalan adalah benar-benar bekualiti dan mencabar.
Untuk mengelakan rasa bosan anda bolehlah mewujudkan kumpulan belajar matematik.
2. PENYELESAIAN MASALAH
A. Jenis-jenis masalah dalam matematik
Jenis-jenis masalah dalam matematik yang sering kita temui dalam peperiksaan.
1) Masalah yang menguji daya ingatan (Penyelesaiannya ialah latih-tubi)
2) Masalah yang menguji kemahiran (latih-tubi)
3) Masalah yang berkaitan penggunaan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
4) Masalah yang berkaitan penggunaan kemahiran matematik bukan dalam kehidupan harian.
5) Masalah yang memerlukan anda menggunakan teori tertentu untuk menyelesaikanya.
Masalah 1,2 dan 3 adalah masalah yang biasa kita temui. Jalan penyelesaianya juga adalah tidak panjang. Tetapi untuk masalah 4 dan 5 jalan penyelesaiannya adalah panjang dan kadangkala kita memerlukan pelbagai kemahiran matematik untuk menyelesaikanya.
Melakukan kerja rumah adalah satu langkah yang baik untuk membantu memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah matematik. Jika anda membuat kerja rumah berkaitan dengan masalah di atas, anda dinasihatkan melakukan jalan kerja dengan sepenuhnya.
Kekerapan melakukan latihan seperti kerja rumah akan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.
B. Tip-tip menyelesaikan masalah matematik.
Aplikasi 4 langkah PĂ“lya’s;
Fahami masalah : Baca keseluruhan soalan dan kenalpasti masalah yang dikemukakan.
Rancang penyelesaian masalah anda. Kenalpasti kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberi.
Selesaikan masalah seperti yang dirancang.
Lihat kembali adakah penyelesaian yang anda perolehi adalah munasabah. Dengan menggunakan kaedah yang sama, cuba selesaikan soalan yang lebih mudah yang anda pasti jawapanya.
Sesetengah masalah memerlukan anda menggunakan pelbagai strategi. Ada yang memerlukan kita melukis gambar, melakar gambarajah, membina jadual, membina senarai, memcipta formula, mengulang-ngulang jalan kerja dan sebagainya.
C. Tip menyelesaikan masalah soalan berbentuk tulisan (word problem)
Apabila melihat soalan yang panjang dihuraikan, murid biasanya akan meninggalkan soalan tersebut. Ini kerana ramai yang beranggapan yang soalan sebegini sukar.
Terdapat cara untuk menyelesaikan masalah ini.
Mula-mula kita perlu membaca keseluruhan soalan. Kenalpasti masalah yang diutarakan. Lukis gambarajah jika perlu. Ubah soalan tadi ke dalam bentuk ayat matematik.
Selesaikan masalah matematik yang telah anda bentuk tadi.
Tulis kembali jawapanya dalam bentuk ayat.
3. BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN
A. Belajar Untuk Peperiksaan / Ujian Matematik
Apabila ujian atau peperiksaan hampir menjelang tiba kita wajib memastikan yang kita telah berjaya menguasai semua topik yang kita pelajari. Caranya ialah dengan cuba menjawab setiap soalan bagi setiap topik yang ada.
Pastikan anda berjaya menjawab soalan dengan baik dan pastikan juga masa yang diambil untuk menjawab soalan adalah sesuai dengan soalan yang diberi.
Jika masih menghadapi masalah, jangan segan untuk berjumpa dengan guru anda untuk mengemukakan masalah tersebut.
Anda PERLULAH memulakan ulangkaji seawal yang mungkin supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji.
SEKIAN TERIMA KASIH
MOHD NIZAM BIN MAD TAHIR
Ahad, 1 Jun 2014
Langgan:
Catatan (Atom)