Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Negeri Sembilan. Mantan Naib Yang DiPertua Majlis Guru Cemerlang Malaysia. GKMP Sains Dan Matematik SMK Pedas, Rembau, N. Sembilan
Rabu, 30 Mei 2012
SUNNAH DI BULAN SYA'BAN : RASULULLAH S.A.W BANYAK BERPUASA DI DALAM BULAN SYA'BAN.
Aisyah r.a berkata: Aku tidak pernah melihat Nabi lebih banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan Sya’ban. (Hadis riwayat al-Bukhari)
Dari Usamah bin Zaid katanya: “Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah , Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i dan Ahmad. Dihasankan oleh Albani )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan