Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Khamis, 31 Mei 2012

PETUA UNTUK MUDAH BANGUN SOLAT TENGAH MALAM.


Petua dari Imam Al-Ghazali:

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.

3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.

4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.

Wallahu’alam

BERSUGI (SIWAK) ADALAH SUNNAH




1- Semasa bwrwudhu, menggosok gigi dengan siwak ( kayu sugi) adalah sunnah. -Ahmad-

2- Kayu sugi hendaklah tidak lebih panjang daripada sejengkal dan tidak lebar daripada lebar jari -Bahrul Raiq-

Beberapa kelebihan dan faedah bersiwak (bersugi)

- Kayu sugi menghilangkan bau busuk dan menambahkan deria rasa.
- Kayu sugi menajamkan ingatan.
- Menghilangkan gelema dan kahak.
- Mengharumkan bau mulut.
- 1 sembuhan dari penyakit.
- Menguatkan gusi dan mencegah gigi reput.
- Membantu menghilangkan sakit gigi dan mencegah penambahan kerosakan yang telah wujud.
- Menyembuhkan sakit pening.
- Mewujudkan Nur cahaya pada wajah orang yang mengunakannya.
- Gigi akan putih berseri.
- Mendapatkan keredhaan Allah.

Masa-masa yang Sunnah mengunakannya.

- Sebelum membaca al-quran.
- Sebelum solat.
- Untuk membaca hadis.
- Apabila mulut berbau.
- Untuk mengajar mengenai ilmu Islam.
- Berzikruallah.
- Sebelum bersetubuh
- Apabila mengalami lapar atau dahaga.
- Semasa sahur.
- sebelum makan.
- sebelum tidur
- Apabila jaga dari tidur

Rabu, 30 Mei 2012

10 NAJIS YANG DIMAAFKAN.




1. Percikan air kencing yang terlalu sedikit yang tidak dapat dilihat, oleh mata yang sihat penglihatannya (apabila ia mengenai pakaian atau badan), sama ada najis tersebut mughallazah, mukhaffafah atau mutawassitah.

2. Darah, nanah, darah kutu anjing dan najis yang sedikit yang dibawa oleh lalat, selagi ia bukan perbuatan manusia dan bukan dengan sengaja.

3. Darah atau nana luka walaupun banyak dengan syarat ia terjadi pada diri manusia itu sendiri, bukan hasil daripada perbuatannya dan bukan dengan sengaja. Disyaratkan supaya darah atau nanah tersebut tidak mengalir ke tempat lain.

4. Tahi binatang yang mengenai biji-bijian ketika ia memijaknya. Begitu juga tahi binatang ternakan yang mengenai susu ketika diperah dengan syarat najis tersbut tudak banyak hingga mengubah keadaan susu tersebut.

5. Tahi ikan di dalam air selagi air tersebut tidak berubah. Begitu juga tahi burung pada tempat-tempat yang selalu ia berluang alik padanya seperti kawasan tanah suci Makkah, kawasan tanah suci Madinah dan Jamek Umawi. Ini adalah disebabkab 'umum al-balwa (musibah yang umun) dan sukar untuk dipelihara daripadanya.

6. Darah yang mengenai baju tukang daging sekiranya tidak banyak.

7. Darah yang ada pada daging.

8. Mulut kanak-kanak yang terdapat najis muntah padanya apabila ia menghisap susu ibunya.

9. Tanah jalan yang mengenai manusia.

10. Bangkai yang tidak mengalir darahnya atau yang tidak berdarah apabila terjatuh ke dalam sesuatu cecair (air minuman) seperti lalat, lebah dan semut dengan syarat ia terjatuh dengan sendirinya (bukan dicampak) dan ia tidak mengubah keadaan cecair tersebut.

Rujukan : Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 1

SUNNAH DI BULAN SYA'BAN : RASULULLAH S.A.W BANYAK BERPUASA DI DALAM BULAN SYA'BAN.



Aisyah r.a berkata: Aku tidak pernah melihat Nabi lebih banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan Sya’ban. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dari Usamah bin Zaid katanya: “Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa d
aripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah , Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i dan Ahmad. Dihasankan oleh Albani )

TANGGUNGJAWAB BAGI SI IBU DAN BAPA.



Ibu dan bapa akan ditanya di akhirat kelak :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

SUNNAH MEMBUANG AIR : CARA-CARA MEMBUANG AIR MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH.




1- Semasa masuk ke dalam tandas Nabi kita Muhammad SAW sentiasa memakai alas kaki (selipar) dan menutup kepalanya. -Ibnu Saad-

2- Sebelum masuk ke dalam tandas, hendaklah di baca doa -Tirmizi-

3- Hendaklah memasuki tandas dengan kaki kiri.-Ibnu Majah-

4- Adalah paling baik untuk merendahkan badan seseorang sedapat mungkin sebelum beristinja. -Tirmizi-

5- Segala item (seperti cincin,loket dan lain-lain) yang mempunyai nama Allah atau Nama Nabi SAW atau ayat-ayat Al-Quran hendaklah di tanggalkan sebelum memasuki tandas. -Nasai-

6- Tidak boleh seseorang itu membelakangkan kiblat semasa membuar air. -Tirmizi-

7- Semasa membuang air kecil atau besar seseorang itu hendaklah jangan bercakap melainkan yang terpaksa sahaja. -Mishkat-

8- Semasa beristinja jangan memegang kemaluan dengan tangan kanan tetapi hendaklah di gunakan tangan kiri. -Bukhari, Muslim-

9- Seseorang hendaklah berhati-hati tentang percikan titisan kencing (tidak berhati-hati akan menjadi sebab bagi seksaan azab kubur). -Tirmizi-

10- Apabila tidak terdapat tandas, hendaklah ia pastikan bahawa ia pergi agak jauh supaya tiada seorang pun yang melihat. -Tirmizi-

11- Hendaklah duduk dan kencing di atas tanah lembut supaya air kencing tidak terpercik kepadanya. -Tirmizi-

12- Hendaklah beristinja dengan tanah (batu) dahulu (atau tisu tandas) dan kemudian dengan air. -Tirmizi-

13- Apabila keluar dari tandas hendaklah langkah keluar dengan kaki kanan. -Tirmizi-

14- Sebaik sahaja keluar dari tandas baca doa

Selasa, 29 Mei 2012

DOA YANG DIBACA OLEH RASULULLAH SAW APABILA TIBANYA BULAN REJAB

DOA YANG DIBACA OLEH RASULULLAH SAW APABILA TIBANYA BULAN REJAB

4 NIAT YANG WAJIB DISEMATKAN DALAM JIWA ORANG MUKMIN PADA WAKTU PAGI.


1- Menunaikan kewajipan terhadap Allah SWT.

2- Meninggalkan larangan Allah SWT.

3- Menyelesaikan permasalahan dengan mereka yang berniaga atau berurusan dengan kita. 

4- Memperbaiki hubungan dengan musuh-musuh kita. ( Jika ada ).

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 896

PEYAYANGNYA RASULULLAH : KISAH RASULULLAH DENGAN KUCINGNYA.



(sekadar gambar hiasan)

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
 

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari j
ubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. 
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri. 
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing.

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.
Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya.

SUNNAH BERKAITAN DENGAN HADIAH.

1- Memberi dan menerima hadiah adalah Sunnah.

2- Nabi SAW telah bersabda memberi hadiah menambahkan kasih sayang.

3-Hadiah hendaklah diberikan secara rahsia. Walau bagaimanapun, si penerima mempunyai pilihan untuk memberitahu atau tidak hadiah itu kepada orang lain.

4- Jika hadiah itu bukan wang, maka hendaklah berikan hadiah yang paling bermanfaat dan berfaedah kepada penerima.

5- Janganlah hendaknya seseorang itu menyebutkan keperluan peribadi sebelum atau selepas memberi sesuatu hadiah.

6- Janganlah beri pemberian yang sangat banyak hingga menjadikan berat bagi si penerima untuk menerimanya.

7- Janganlah bercakap atau berbangga selepas memberi sesuatu hadiah.

8- Hadiah janganlah diberi sewaktu hari ulang tahun perkahwinan dan hari lahir kerana ia adalah perbuatan orang kafir dan Nabi kita melarang perbuatan tersebut.

SUNNAH PADA MALAM HARI


1- Hendaklah baca 'Bismillah' semasa menutup pintu dan mengunci pintu. -Bukhari-

2- Bekas yang berisi makanan walaupun air hendak la ditutup dengan membaca 'Bismillah' -Bukhari-

3- Padamkan segala api yang menyala. -Bukhari-

4- Hendaklah menceritakan/berbincang dengan ahli rumah perkara yang berkatian dengan Islam sebagai contoh menyatakan kisah para sahabat atau dengan hanya berbual dengan perkara yang menyukakan mereka (tetapi dalam lingkungan syariah) -Syamail Tirmizi-

5- Apabila anak-anak mencapai umur 9 atau 10 tahun anak-anak perempuan hendaklah dipisahkan tempat tidur mereka dari anak lelaki. -Misykat-

6- Hendaklah sediakan celak dan pakaikan 3 kali di mata kanan dan 3 kali di sebelah kiri bagi diri sendiri dan anak-anak. -Misykat-

SUNNAH MALAM JUMAAT : RASULULLAH SELALU MEMBACA SURAH AL-KAHFI PADA MALAM JUMAAT.


Hari jumaat merupakan penghulu segala hari. Perkara ini mungkin biasa didengari oleh anda. Tetapi apakah amalan yang boleh kita amalkan pada penghulu segala hari...

Perkara ini adalah satu amalan sunah yang dilakukan oleh Nabi MUHAMMAD S.A.W. Iaitu membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat" (HR. Ibnu Katsir)

Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an:
"Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripada fitnah dajjal" (HR. Ibnu Katsir)

Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jumaat yang dia baca kepada jumaat yang brikutnya. ( H.R Baihaqi)

Kesimpulannya, pada hari Jumaat disunatkan untuk umat Islam membaca Surah Al-Kahfi. Banyak kelebihan yang ada apabila kita membacanya.

SUNNAH BACA AL QURAN





1- Pastikan bahawa badan dan pakaian adalah bersih.

2- Pastikan tempat atau persekitaran adalah bersih.

3- Bersugi sebelum membaca Al-Quran.

4- Berwuduk sebelum membaca Al-Quran.

5- Duduk mengadap kiblat.

6- Letakkan Al-Quran pada tempat yang lebih tinggi.

7- Jangan tergesa-gesa dan kelam-kabut untuk segera menghabiskan bacaan.

8- Hendaklah menangis apabila membaca ayat ancaman dan jahanam dan menunjukkan kegembiraan apabila membaca ayat-ayat berita gembira dan syurga.

9- Bacalah dengan penuh tajwid (makhraj yang betul)

10- Bacalah ta'awudz dan bismillah pada permulaan.

11- Bacalah dengan suara yang lunak merdu.

12- Bacalah dengan suara yang kuat jika tiada masalah ketidakikhlasan atau menyebabkan gangguan bagi orang lain. Berhati-hatilah supaya jangan membaca Al-Quran secara kuat sehingga menyebabkan gangguan bagi orang yang sedang solat.

13- Jauhkan diri dari bercakap apapun semasa membaca Al-Quran, walau bagaimanapun jika seseorang terpaksa disebabkan oleh sesuatu keadaan, walaupun terpaksa menjawab salam maka hendaklah menyambungkan dengan bacaa ta'awudz.

14- Nabi SAW tidak akan khatam Al-Quran sebelum tiga hari. -Ibnu Saad

Isnin, 28 Mei 2012

SUNNAH DI WAKTU PAGI : MELAKUKAN SOLAT DHUHA.



(Gambar tersebut adalah doa yang di baca selepas solat dhuha)

1- Masa Solat Dhuha bermula apabila matahari sudah terang dan berakhir sejam sebelum Zawwal.

2- Seseorang yang meninggalakan rumah dengan wudhu dan niat solat dhuha mendapat pahala satu Umrah. (Abu Daud)

3- Solat dhuha boleh dikerjakan samada 2,4,6 atau 8 rakaat. (Muslim)

4- Dengan menunaikan solat dhuha, kesemua dosa-dosa kecil adalah diampunkan dan sedekah bagi bagi kesemua 360 tulang dalam badan.

5- Dengan menunaikan 4 rakaat solat dhuha, Allah selesaikan segala tugas harian dalam keadaan mudah. (Ahmad)

6- Mereka yang tunaikan 8 rakaat solat dhuha akan dicatit sebagai orang yang taat dan soleh.

7- Sebuah mahligai akan dibina bagi orang yang tunaikan 12 rakaat solat dhuha. (Ahmad)

(Selesai solat dhuha hendaklah mencari rezeki yang halal)

SUNNAH SEBELUM TIDUR : MEMBACA SURAH AL-IKHLAS,AL-FALAK & AN-NAS.


Daripada Aisyah RA. katanya Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menadah kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan lalu membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali. (Riwayat Bukhari)

TIDUR CARA NABI MUHAMMAD S.A.W

1- Bentangkan tempat tidur sendiri. (Muslim)

2- Mengibaskan tempat tidur sebelum tidur. (Misykat)

3- Gunakan bantal untuk meletakkan kepala atasnya. (Muslim)

4- Bantal Rasulullah Saw dibuat daripada kulit dan diisikan dengan daun tamar. (Nashrut Tib)

5- Rasulullah Saw melarang tidur bertiarap. (Tirmizi)

6- Tidur di sebelah kanan dengan menghadap ke arah kiblat. (Bukhari)

7- Tidur dengan tangan kanan di bawah kepala dan dengan kedua lutut dibengkokkan. (Bukhari)

8- Letakkanlah tikar sembahyang untuk Tahajjud di sisi kepala sebelum tidur. (Nasaa'i)

9- Tidur dengan niat untuk bangun Tahajjud. (Nasaa'i)

WWW car plat number winner list


Thousand of people flooded JPJ branch KL to bid the ‘WWW’ initial car plat number. Sultan Johor now officially had become the owner of WWW 1 by winning with the highest bid, RM520, 000. Another highlight goes to the Health Minister, Datuk Seri Liow Tiong Lai, won the plat num ‘WWW 15’.
The highest bid for a vehicle registration number in the country so far was MCA1, bought for RM300,100 in 2010, surpassing a previous record of RM242,000 for the Terengganu-issued TAY1.

WWW car plat number winner list

www owner list
The initial ‘WWW’ represent World Wide Web.

Malaysia Memiliki Kereta Nasional VS Thailand, Indonesia (Hub Automotif Bagi Pasaran Asia Tenggara)!!


Hari ini kalau dilihat beberapa pembuat kereta terkenal dunia seperti Toyota, General Motors (GM), Ford dan juga Tata telah mula meningkatkan pelaburan mereka di Indonesia selain pelaburan yang banyak mereka laburkan dalam industri automotif di negara “gajah putih” (Thailand).
Terbaru, pengeluar kereta yang kami sebutkan sebentar tadi sudah mengumumkan rancangan untuk pembinaan kilang pemasangan bagi melancarkan model-model baru milik mereka untuk tujuan menerokai pasaran yang lebih besar di Asia Tenggara khususnya di Indonesia yang menyasarkan golongan pertengahan. 
  1. Toyota akan meningkatkan pengeluaran kepada 230,000 unit setahun pada tahun 2014
  2. GM bersedia melabur AS$ 150 juta untuk membuka semula kilang pemasangan untuk sebuah van 7-tempat duduk untuk tempoh 7 tahun yang akan datang dan mengeluarkan 40,000 kenderaan setahun bagi kedua-dua pasaran domestik dan eksport
Banjir di Thailand Malaysia Memiliki Kereta Nasional VS Thailand, Indonesia (Hub Automotif Bagi Pasaran Asia Tenggara)!!Pada tahun lepas, Indonesia telah muncul sebagai pasaran terbesar ASEAN buat kali pertama dengan jualan sebanyak 850,000 berbanding dengan negara Thailand yang “jatuh” dengan jualan hanya sekitar 795,000 dek kerana krisis banjir yang melanda negara Thailand. Sekarang ini Thailand masih terus mengunguli sebagai pendahulu bagi pengeluar automotif yang terbesar bagi rantau Asia Tenggara diikuti negara Indonesia di tempat yang kedua. Malaysia?
  1. Thailand : 1.6 juta pengeluaran kereta tahun 2011
  2. Indonesia : Hanya mengeluarkan 700,000 pengeluaran kereta pada tahun 2011
Antara faktor yang menyumbangkan kepada pertumbuhan industri automotif di Indonesia contohnya adalah peluang pelaburan yang cukup besar yang ditawarkan kepada pengeluar kereta terkenal dari seluruh dunia untuk “berkampung di Indonesia” :
  1. Pengecualian cukai korporat untuk 5-10 tahun (termasuk pengurangan untuk dua tahun lagi sebanyak 50 peratus) yang mula diperkenalkan pada Ogos 2011. Keistimewaan ini hanya ditawarkan bagi mana-mana pelaburan yang bernilai sekurang-kurangnya US$117 juta, dengan pelabur perlu memegang 10 peratus daripada jumlah pelaburan di Bank Indonesia
  2. Pengecualian VAT dan duti import bagi barang-barang dalam bahan mentah / bahan perantaraan, yang memberi manfaat kepada pelabur Indonesia untuk mengimport alat ganti automotif bagi pemasangan tempatan
  3. Duti import untuk kereta penumpang dan kenderaan komersial antara 0-50 peratus dan juga duti import bagi bahagian-bahagian auto adalah 10 peratus, dikecualikan untuk negara-negara ASEAN lain. Ini juga akan memberi manfaat kepada pelabur Indonesia yang bergantung kepada bahan mentah dari negara-negara ASEAN yang lain
  4. Indonesia juga menurunkan cukai pendapatan bagi pelabur yang menghasilkan kenderaan mesra alam (22km/liter bahan api ekonomi, 80 peratus kandungan tempatan dan Euro 3 pelepasan)  dan menjual kenderaan pada harga yang berpatutan
Ini semula dilakukan dengan harapan dapat memenuhi permintaan di Indonesia khususnya dan mengurangkan bilangan kenderaan yang terpaksa diimport oleh Indonesia.
Jual Kereta Indonesia Malaysia Memiliki Kereta Nasional VS Thailand, Indonesia (Hub Automotif Bagi Pasaran Asia Tenggara)!!Indonesia dan Thailand yang suatu ketika dahulu “jatuh terduduk”, lebih teruk keadaannya berbanding negara kita Malaysia semasa krisis kegawatan ekonomi 1997/1998 sehingga menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan Internaltional Monetary Fund (IMF) yang mana yang terkenaldengan kadar bunga yang tinggi tetapi dalam pada masa yang sama IMF sangat mementingkan disiplin kepada peminjam untuk menguruskan kewangan negara dengan telus dan cekap.
Akhirnya, sejak daripada krisis kemelesetan ekonomi 1997/1998 dahulu pakej IMF telah mengajar Indonesia contohnya untuk bersikap lebih telus dan bertanggungjawab sejak kejatuhan Presiden Suharto yang telah digulingkan oleh rakyatnya sendiri seperti IMF praktikkan mekanisme yang sama terhadap negara Korea Selatan. Dan Indonesia dilihat semakin baik dan semakin naik…
Kami juga yakin dan percaya, pelabur akan terus berani dan yakin untuk datang melabur di Malaysia seperti mana pelaburan yang telah dicurahkan oleh pembuat kereta di seluruh dunia ke atas negara Thailand dan juga Indonesia dengan syarat, sudah tiba masanya kerajaan kurang memanjakan Proton seperti mana kehendak yang dilontarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu terus kerajaan terus melindungi Proton. Kami sama sekali tidak setuju, bagaimana pula dengan anda?
Tiada masalah untuk membuat dan menghasilkan kereta Nasional sendiri tetapi hakikat yang perlu diakui adalah di mana tindakan kerajaan yang memberikan perlindungan yang cukup ekstrim Proton sehingga membebankan rakyat dan menjadi liabiliti besar kepada negara, dalam pada masa yang sama terus mengabaikan kepentingan kemasukan pelaburan pembuatan kereta dari luar negara.
Dalam keadaan Thailand & Indonesia dilihat semakin agresif membuka peluang kepada pemain automotif global untuk bertapak di negara mereka semestinya memberikan seribu satu faedah kepada negara dan rakyatnya :
  1. membawa kemasukan pelaburan asing
  2. menjana ekonomi
  3. pemindahan teknologi
  4. memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Industri Otomotif Indonesia Malaysia Memiliki Kereta Nasional VS Thailand, Indonesia (Hub Automotif Bagi Pasaran Asia Tenggara)!!Di mana kedudukan Malaysia ketika ini dalam keadaan rakyat “dipaksa” untuk berbangga dengan kereta buatan kereta sendiri? Sedangkan Thailand & Indonesia hari ini yang sama sekali tidak mempunyai jenama & produk sendiri yang boleh dibanggakan seperti Proton, hakikatnya banyak manfaat yang diperolehi sebenarnya jika sektor automotif diterokai dengan sebaik mungkin sebagai sumber pendapatan negara. Sudah tiba masanya, Proton tidak terus dilihatkan sebagai satu beban dan liabiliti kepada negara dan rakyat, sebaliknya Malaysia harus bergerak cepat dengan mengambil peluang untuk menjadi :
  1. hub untuk R&D
  2. pusat rekabentuk global
  3. pusat pengeluaran kenderaan jenama Eropah
  4. selain pusat pengeluaran kenderaan hybrid & elektrik.
Dengan cara ini ia secara tidak langsung menjadikan sektor automotif negara lebih kompetitif selain memperkasakan modal insan yang ada dengan teknologi tinggi.Sebenarnya kita adalah perintis sektor automotif di rantau ini, jadi kita perlu bangkit dengan formula baru untuk menaikkan semula sektor ini. Proton & Perodua pula perlu keluar dari kepompong comfort zone (zon selesa) yang selama ini dinikmati oleh mereka. Inilah masanya untuk lebih agresif ke peringkat global & meningkatkan kualiti produk mereka.

60% Kakitangan Awam Berpendapatan Bawah RM3,000 Sebulan Tiada Rumah Sendiri? Apa Sebabnya?


Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tampil dengan beberapa tuntutan terbaru kepada pihak kerajaan di mana kajian setakat mendapati 60 peratus kakitangan awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan tidak mampu memilki rumah sendiri. Adakah anda juga salah seorang yang tergolong dalam kategori ini? 
Sebelum ini menteri telah menetapkan kalangan rakyat Malaysia yang menerima pendapatan sekitar RM3,000 boleh dikategorikan sebagai berpendapatan tinggi berdasarkan laporan berita yang telah kami keluarkan sebelum ini yang bertajuk, Kalau Gaji RM3,000 Dikira Pendapatan Tinggi?
Hakikatnya hari ini 60% penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan masih lagi tidak mampu memilki rumah sendiri. Itu angka dan kajian yang diperolehi melibatkan kakitangan awam. Bagaimana pula dengan kakitangan swasta?
Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor mencadangan pihak kerajaan mengambil perhatian serius dengan cara :
  1. mengurangkan kadar faedah pinjaman 4% yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada satu peratus
  2. menaikkan gaji kakitangan awam terbabit
Nak bendung harga rumah di Malaysia tidak sesukar mana. Contohnya, apa yang perlu dilaksanakan ialah :
  1. Kenakan RPGT 75%. Kenaikan harga hartanah kediaman berpunca daripada pembelian spekulatif. Apabila kerajaan melonggarkan cukai keuntungan harta (RPGT) ekoran krisis ekonomi, ia mencetuskan aktiviti spekulatif yangmeningkatkan harga menjadi semakin lebih tinggi. Sedangkan RPGT sebelum 2007 adalah 30 peratus untuk mereka yang menjual hartanah mereka dalam tempoh setahun pembelian.
  2. Hadkan tempoh pinjaman rumah setakat 25 tahun sahaja. Ini ada yang kami tengok sehingga 40 tahun pun khas untuk kakitangan kerajaan. Agak-agaknya kalau boleh dipanjangkan kepada 3 generasi (70 tahun) pun mereka akan buat. Tidak mustahil.
  3. Tarik balik pengecualian cukai RM10,000 daripada cukai pendapatan
  4. Kerajaan mesti hadkan pembelian secara pukal oleh syarikat-syarikat hartanah ini daripada bolot semua rumah/lot kedai di kawasan perumahan baru, kemudian mereka letakkan iklan untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi. Bila ada individu yang benar-benar nak beli, pemaju kata dah habis. Hakikatnya sold out kepada geng-geng hartanah. Penyudahnya, geng-geng hartanah buat untung atas angin dengan jual semula rumah-rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan manipulasi. Dan manipulasi sebegini perlu dihentikan segera
  5. Pemilikan rumah oleh warga asing ditutup buat masa ini
  6. Akhirnya sekali, kerajaan pelru sediakan satu mekanisme dengan mengetatkan syarat rumah untuk PR
  7. Anda ada cadangan untuk ditambah di sini??? (Sila kongsikan di ruangan komen di bawah)
Dengan melaksanakan beberapa pelan yang dicadangan seperti di atas ini bukan sahaja kakitangan awam yang mendapat manfaat tetapi seluruh rakyat Malaysia menerima tempias untuk memilki rumah di tanahair sendiri pada pada harga yang berpatutan. Persoalannya sekarang ini, adakah kerajaan berminat untuk melaksanakan dasar-dasar seperti di atas bagi membendung lonjakan harga rumah sehingga tidak terkawal?

Sultan Johor Menang Bidaan Nombor Plat "WWW 1"


PETALING JAYA: Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan "WWW 1", dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.
Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW 15".
Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JP).
Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.
Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA 1" pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.
Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.
Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan "WWW", yang merupakan singkatan bagi "World Wide Web".
Terdahulu, akhbar The Star melaporkan seorang VVIP terkemuka dari Johor adalah pemilik nombor plat pendaftaran kenderaan yang paling popular dan dikehendaki ramai - WWW 1.
Merupakan seorang peminat kereta, VVIP ini adalah pembida yang berjaya dengan tawaran bayaran RM520, 000 untuk nombor pendaftaran yang dikehendakinya.
Jumlah ini kini telah mencatat satu rekod baru sebagai nombor plat paling mahal yang pernah dijual di Malaysia.
Menurut sumber, JPJ dijangka memaklumkan kepada VVIP berkenaan mengenai kejayaan bidaan pada Isnin.
Personaliti dikenali ramai ini juga mempunyai koleksi kereta antik dan model kereta terbaru.
Semua kenderaannya diselenggarakan dengan baik dan beliau pernah dilihat memandu kesemuanya di seluruh negeri.

Ahad, 27 Mei 2012

SUNNAH KETIKA MINUM

1- Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana Syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum. (Khasail Nabawi)

2- Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. (Tirmizi)

3- Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutaun. (Bukhari)

4- Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya. (Abu Daud)

5- Duduk dan minum, Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri. (Zaadul Maad)

6- Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam. (Tirmizi)

7- Rendamkan kurma atau anggur di dalam air pada malam hari dan minum larutan ini pada waktu pagi. Walaubagaimanapun,jika kerana terlalu panas ia menjadi tuak, adalah haram untuk minumnya.

8- Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan & minum. (Tirmizi)

9- Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol dan lain-lain. tetapi satu gelas atau mangkuk kecil. (Abu Daud)

10- Jangan minum daripada bekas cawan yang sumpik atau pecah. (Abu Daud)

11- Nabi SAW telah melarang penggunaan bekas masak, makan dan minum diperbuat dari emas dan perak. (Bukhari & Muslim)

Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika


The White Phosphorus
falluja Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
Bom fosforus putih dilepaskan ketika Amerika menyerang Fallujah
2nw3k35 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
pic.php  Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
Fosforus putih bukanlah senjata baru, malah ia sudah digunakan sejak Perang Dunia lagi.
.
Bagaimana ia berfungsi?
Ia akan bereaksi (chemical reaction) dengan oksigen, dan akan terbakar apabila dengan sendirinya di udara
4553478993 c40273310d z 300x195 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
ATT860434 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
Maka apabila terkena manusia, mangsa seolah-olah dipanggang terus hingga ke tulang. Gas yang dilepaskannya juga beracun. Apabila bom tersebut dilepaskan, ia akan menghasilkan debu-debu putih yang berterbangan (jangan keliru antara asap dengan debu). Apabila kulit anda terkena debu putih tersebut, kulit anda akan melecur secara tiba-tiba. Fosforus putih mampu membakar kulit dan daging anda terus sehingga menampakkan tulang.
israeli phosphorus bomb victim Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
white phosphorusbone Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
37hidden civilians Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
white phosphorus Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
hvidfosfor3 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
phosphorus bomb victim1 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
phosphorous victims Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
ogrish dot com israel lebanon conflict victim3 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
gaza new weapon molten head Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
white phosphorus victim afghanistan Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
White Phosphorus victim Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
white phosphorus41 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
Depleted Uranium
Ini juga bukanlah senjata baru. Ia telah digunakan oleh Amerika puluhan tahun dahulu.
Sebenarnya Depleted Uranium bukanlah sebuah bom atau peluru, sebaliknya ia adalah logam yang di”attach” sekali dengan mana-mana peluru dan bom yang sedia ada. Kesannya, peluru tersebut mampu menembusi besi-besi yang keras dan tembok-tembok yang kebal.
a23b3823feffc0a0398224c49a50 medium Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
uk iraq depleted uranuim.n Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
Depleted Uranium Mortar Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
Depleted Uranium diletakkan dimuncung sebuah mortar
depleted uranium penetrator Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
Namun, Uranium yang digunakan itu tidak berhenti di situ sahaja. Ia mampu meninggalkan sisa berradioaktif yang mampu merosakkan tubuh manusia, sama ada mati atau cacat. Malah kesannya lebih teruk kepada janin yang masih berada di dalam perut ibunya (proses perkembangan janin terganggu akibat sinaran radioaktif menyebabkan bayi akan lahir dalam keadaan yang sangat teruk).
Kesannya terhadap manusia boleh dilihat apabila kebanyakan bayi yang lahir di Iraq selepas pencerobohan Amerika lahir dengan kecacatan yang begitu teruk sekali. Kadar kecacatan adalah begitu tinggi.
Gambar-gambar di bawah adalah kesan apabila sel badan manusia berubah apabila terkena pancaran radioaktif daripada Uranium.
depleted uranium baby Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
baby Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
Depleted Uranium Baby.2 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
baby with 2 faces Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
DEPLETED URANIUM AFGANISTAN CHILD SMALL WEB COMPRESSED Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
depleted uranium1Adobe Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
999prologic999 babyalienfromkidzworlddotcom Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
DUbaby Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
news image.jhtml Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
du baby Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
DU baby 1000 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
No Child Left Behind Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika
No Child Left Behind???
Inilah yang dilakukan oleh para pengganas dunia yang sebenar. Mereka menguji senjata-senjata mereka ke atas kaum muslimin yang mereka jajah. Bayangkan bagaimana senjata itu terkena ayah anda? atau ibu anda? atau anda sendiri?
Bagaimana jika fosforus putih terkena kulit anda dan membakar daging anda terus ke tulang hidup-hidup?
Atau bagaimana jika adik atau anak anda lahir dalam keadaan cacat yang terlampau teruk?
sabda Nabi SAW yang bermaksud, “barangsiapa yang tidak mengambil berat permasalahan orang Islam yang lain, maka dia bukan dari kalangan mereka”.