Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Rabu, 18 April 2012

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Dalam radio ikim, Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Rabu, 11 April 2012

Mengapa Doktor Bedah Memakai Baju Hijau?

Mengapa Doktor Bedah Memakai Baju Hijau?



DALAM bilik bedah seringkali kelihatan doktor memakai baju hijau semasa bertugas.
Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan.
Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.
Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.
Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.
Melihat warna merah terus menerus menyebabkan sinyal warna merah di otak memudar sensiviti terhadap variasi warna merah.
Alasan lainnya adalah, terus-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.
Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

15 Perkara Turunnya Bala Dari Allah S.W.T..

15 Perkara Turunnya Bala Dari Allah S.W.T..

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Cara Mudah Mengupas Kentang

Cara Mudah Mengupas Kentang
Bagi memudahkan tugas mengupas kentang, anda hanya perlu merendamkannya di dalam air yang telah dilarutkan garam. Biarkan semalaman. Keesokannya kupas kentang dengan tangan. Kulit kentang akan terpisah dari isinya dengan mudah. Cara ini praktikal jika anda hendak memasak kentang dalam kuantiti yang banyak

Petua Supaya Daging Menjadi Lembut Dalam Masakan

Akar Pandan Melembutkan Daging
Memasak daging lazimnya mengambil masa yang lama untuk mengelakkannya liat. Cuba petua ini. Ambil sedikit akar pandan, bersihkannya dan dan kemudian kisar sehingga halus. Rebus bersama daging. Hasilnya daging akan menjadi lembut

5 Petanda Awal Penyakit Jantung

Penyakit jantung seakan menjadi penyakit yang biasa dihidapi masyarakat. Sebelum ia menjadi semakin parah, ada baiknya kita kenali tanda-tanda awal penyakit ini untuk melakukan pencegahan dan persediaan awal.

1. Sakit Dada
Ia disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.

2. Sukar Bernafas
Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring. Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan. Keadaan nafas yang sesak juga berlaku pada malam hari. Hal tersebut dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea atau kesukaran bernafas akibat kurang kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan kembali semula ke jantung dan paru-paru.

3. Kurang Selera Makan
Ia disebabkan oleh pengumpulan cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang mengakibatkan berkurangnya selera makan.

4. Sering Rasa Lelah Penat
Rasa lesu dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

5. Kerap Buang Air Kecil
Intensiti buang air kecil yang kerap juga boleh menjadi simptomnya. Perkara ini disebabkan cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari. Untuk menghindari hal ini, kawal pengambilan air pada waktu malam hari.