Cari Blog Ini

MAHUKAN YANG TERKINI? CLICK "LIKE".

Rabu, 14 November 2012

PBS Tingkatan1 Online Tidak Berkesan & Lambat Kerana Sikap Guru Yang Suka Bertangguh!!


PBS Tingkatan1 Online Tidak Berkesan & Lambat Kerana Sikap Guru Yang Suka Bertangguh!!




PBS Tingkatan 1 KSSR PBS Tingkatan1 Online Tidak Berkesan & Lambat Kerana Sikap Guru Yang Suka Bertangguh!!


Kami menerima banyak emel rungutan dan aduan disebalik pelaksanaanPBS Tingkatan 1 (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) ini contohnya, Akibat daripada pelaksanaan PBS Tingkatan 1 ini kalangan guru dikatakan terpaksa bangun pagi-pagi untuk membuat key-in itu dengan harapan mendapat akses yang lebih stabil tanpa sebarang masalah ketika itu. Dan masalah bertambah teruk apabila…
Ada kalangan guru yang berjaya akses masuk ke sistem PBS Tingkatan 1  (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) itu tanpa sebarang masalah. tetapi masalah mula timbul apabila guru klik-klik bagi mendapatkan  pelajar yang perlu dikemaksini, kerapkali ia akan “logout” dengan sendiri. Bersusah payah masukkan data, kemudian secara tiba-tiba sistem automatik log-out. Kena login & ulang semula proses itu. Itu baru satu orang pelajar, jikalau 30 orang pelajar terpaksa berhadapan dengan masalah seperti ini?
  • Seorang pelajar sekurang-kurang perlu ada 30 evidence secara anggaran, jikalau satu kelas ada seramai 30-40 orang pelajar? Itu baru satu kelas…
  • Semua kena masuk fail. Kemudian perlu dimasukkan pula dalam sistem PBS Tingkatan 1  (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) ini. Sayangnya sistem….


Seperti biasa, di Malaysia setiap kali bertukar Menteri Pelajaran sistem pendidikan turut akan berubah mengikut impian dan visinya. Contohnya sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS Tingkatan 1) ini yang dibangunkan dilihat penting kerana ia bertujuan untuk memastikan sistem pendidikan di Malaysia tidak hanya tertumpu pada peperiksaan semata.
Sedang kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyarankan kalangan guru supaya menggunakan sistem PBS Tingkatan 1  (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) ini,  malangnya sistem yang disediakan tidak mampu menampung “trafik yang tinggi” pada satu-satu masa sehingga menimbulkan pelbagai masalah. Sama juga masalah yang dihadapi pada sistem HRMIS.
Masalah sistem PBS Tingkatan 1  (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) ini telah di bawa ke Parlimen dengan harapan mendapat tindakan segera daripada Kementerian Pelajaran Malaysia




Soalan di Dewan Rakyat : Masalah PBS Tingkatan 1


Soal Selidik PBS Tingkatan 1 PBS Tingkatan1 Online Tidak Berkesan & Lambat Kerana Sikap Guru Yang Suka Bertangguh!!


Jawapan Menteri Di Dewan Rakyat  Bagi Masalah Sistem PBS Tingkatan 1 KSSR?

Kami tidak rasakan pemberian elaun adalah adalah jalan penyelesaian terbaik. Apa yang kalangan guru mahukan adalah, sila naiktraf prestasi server yang setimpal dengan jumlah guru yang ada ketika ini setanding dengan peruntukan berbilion-bilion yang diperoleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) setiap tahun…
Walaubagaimanapun nampaknya Kemnterian Pelajaran Malaysia telah berusaha untuk memperbaiki sistem perkhidmatan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang ada sekarang ini dengan cara :
  1. Menyediakan hosting khas yang berasingan bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS Tingkatan 1) & Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM). yang menarik dengan jawapan menteri adalah proses naiktaraf telah pun selesai pada akhir Sepetember 2012 dan dikatakan lebih stabil dan mudah diakses. Benarkah? Apa kata guru-guru yang menggunakan sistem PBS Tingkatan 1 online contohnya sekarang ini?
  2. Memperluaskan perkhidmatan capaian Internet melalui projek 1Bestari yang secara berperingkat-peringkatan sehingga Mac 2013 bagi menggantikan SchoolNet dis emua sekolah dengan kelajuan antara 4Mbps hingga 20Mbbs. Penganugerahan projek ini kepada YTL cukup kontroversi. Semak laporan yang kami sediakan di sini bertajuk : “1Bestarinet Milik YTL Communications Sdn Bhd. YTL Menang Tender RM1.5 Bilion Kalahkan TM-TIME


Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS PBS Tingkatan1 Online Tidak Berkesan & Lambat Kerana Sikap Guru Yang Suka Bertangguh!!


Rabu, 10 Oktober 2012

Tiga Politeknik Premier Jadi Universiti Politeknik 2015


BUKIT MERTAJAM: Tiga politeknik premier dijangka dapat dinaik taraf sebagai universiti politeknik pada 2015, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Ab Rahim Mohd Noor.
Beliau berkata politeknik terbabit ialah Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Johor Bahru.
Program perintis telah dilaksanakan di Politeknik Ungku Omar dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain seperti Universiti Teknologi Mara dan kumpulan pertama akan menerima ijazah bersama pada konvokesyen politeknik itu bulan ini.
"Saya harap ini akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar politeknik untuk terus menyambung pelajaran di peringkat ijazah di dalam politeknik sendiri," katanya pada sidang media selepas merasmikan konvokesyen ke-12 Politeknik Seberang Perai, di sini, Sabtu.
Ab Rahim berkata penubuhan universiti politeknik di bawah Agenda Transformasi Politeknik itu diyakini mampu membina upaya politeknik untuk membangunkan sumber manusia yang memenuhi keperluan model baru ekonomi yang berasaskan inovasi dan kreativiti.
Mengulas mengenai portal alumni institusi tersebut yang dilancarkannya sebelum itu, beliau berkata portal berkenaan adalah platform terbaik untuk mengumpul alumni yang telah berjaya.
Dengan adanya portal ini, alumni boleh menjadi mentor kepada mahasiswa yang baharu menempuh alam universiti selain berkongsi pengalaman mengenai alam pekerjaan dengan graduan yang baharu menamatkan pengajian, katanya.
"Memang kita ketahui kalau gerakan alumni di seluruh institusi pengajian tinggi dilaksanakan dengan berkesan, setiap institusi sama ada IPTA, IPTS malah politeknik, kolej komuniti akan menjadi institusi yang begitu gemilang di masa hadapan," katanya.
Beliau berkata setakat ini sebanyak 22,000 alumni politeknik telah mendaftar di portal alumni dan usaha menjejaki yang lain sedang dijalankan.
Pada konvokesyen kali ini 3,078 pelajar akan menerima diploma dan sijil masing-masing pada istiadat yang berlangsung selama tiga hari itu. -BERNAMA

Selasa, 9 Oktober 2012

Gaji CEO dan Orang Besar DI Malaysia


BEKAS CEO MAS: DATO IDRIS JALA
Kalau sebelum ini, Idris Jala merupakan CEO MAS yang mana pendapatannya adalah sekitar RM100,000. Sekarang ini, beliau sudah pun meninggalkan sektor swasta untuk menyertai barisan kabinet Malaysia yang ada pada hari ini apabila dilantik sebagai senator dan menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Berdasarkan laporan tahun 2008, pendapatan bagi Ketua Pegawai Eksekutif MAS ini di antara RM1 juta sehingga RM1.5 juta setahun.
Setelah bergelar MENTERI
Elaun bulanan sebagai Datuk Idris Jala adalah sebanyak RM14,907, 20 ditambah dengan jawatannya sebagai senator di mana beliau turut menerima RM4,112.79. Ini tidak termasuk beberapa faedah dan inisiatif lain yang bakal anda lihat di bawah ini nanti yang jumlah minimumnya adalah sebanyak RM25, 619.99. Tetapi untuk setakat hari ini belum dapat dipastikan adakah imbuhan yang diterima termasuk sekali tugasan beliau selaku Ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dan juga ketua bagi unit KPI kerajaan Malaysia.
PEMIMPIN TERTINGGI
Maklumat berdasarkan laporan tahun yang dikeluarkan tahun 2009.
Gaji Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
Gaji Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
Gaji Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
Gaji Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
GAJI PERDANA MENTERI NEGARA LAIN:
Gaji Perdana Menteri Singapura : Lee Hsien Loong
s$3 juta setahun (RM7.25 juta setahun, RM600,000 sebulan)
Gaji Presiden Amerika : Barack Obama
US$400,000 setahun(RM1.4 juta, RM116,666 sebulan)
Gaji Perdana Menteri Britain : David Cameron
£194,250 (RM1.1 juta, RM91,666 sebulan)
Gaji Perdana Bekas Menteri Australia : Kevin Rudd
AU$330,300 (RM942,570, RM78,560 sebulan)
Kalau di negara Singapura, gaji Perdana Menteri diberikan setara dengan gaji ceo bagi kebanyakan syarikat gergasi di negara berkenaan. Ini kerana mereka beranggapan tugasan dan cabaran yang digalas oleh pemimpin Singapura adalah sama dengan penaung syarikat terkemuka di negara kota Singa itu. Berlainan pula, gaji CEO di Malaysia adalah jauh yang lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri dan juga barisan kabinet Malaysia. Pendapatan mereka ini termaktub dalam Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 [Akta 237]
1) CEO CIMB Group Holdings Berhad
RM9.35 juta setahun (RM779,166 sebulan)
2) CEO Sime Darby Berhad
RM2.05 juta setahun (RM170,833 sebulan)
3) CEO Bursa Malaysia
RM1.97 juta setahun (RM164,166 sebulan)
4) CEO Maybank Berhad
RM1.78 juta setahun (RM148,333 sebulan)
5) Boustead Holdings Berhad
RM1.85 juta (RM154,166 sebulan)
Elaun Ahli Dewan Rakyat Dan Ahli Dewan Negara
Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat: RM6,508.79
Elaun bulanan ahli Dewan Negara: RM4,112.79
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia: RM150 sehari sehari
Elaun Hiburan: RM1,500
Elaun Istimewa: RM1,500
Elaun Pengangkutan: RM1,500
Elaun Telefon: RM900
Elaun Pemandu: RM1,200
Komputer peribadi: RM6,000 (maksimum)
Elaun kehadiran di Parlimen: RM200 sehari
Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan: RM150 sehari
Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi: RM350 semalam (maksimum)
Lain-lain kemudahan:
Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya:
a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
b) Parking dan bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) penerbangan kelas perniagaan
i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
j) lesen kenderaan
k) bilik kelas pertama di hospital
l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000
Gaji CEO syarikat GLC negara Malaysia:
JAWATAN: CEO TNB
GAJI: RM 1,107,280,00
CEO SYABAS, SELANGOR. Bos besar air Selangor yang ni la.
NAMA: TAN SRI ROZALI BIN ISMAIL
JAWATAN: CEO SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd) & PUNCAK NIAGA HOLDING
STATEMENT GAJI: Setahun – RM5.1juta
Sebulan – RM425,000
Sehari (8jam) – RM14,166
Sejam – RM1,770
Seminit – RM29.51
Gaji gua : RM5.80 satu jam.
Gaji lu : Sendiri kira


sumber :  http://mediaperak.com


Sabtu, 6 Oktober 2012

6 perkara tentang Perlimen Mesir

Majlis Rakyat Mesir (Parlimen Mesir) sekarang ini memiliki :

- Lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafiz Quran.
- Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith.
- Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripada setengah al-Quran.
- Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran.
- Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta.
- Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun.

KOS BINA RUMAH SENDIRI


Bahan Binaan

Berikut adalah senarai bahan-bahan binaan asas yang utama dalam pembikinan rumah ini :
Juga disertakan kos per unitnya

Kerja-kerja konkrit
  • Simen (1 bag 50 kg) - RM 16.00/kg
  • Bata simen - RM0.21 satu
  • Bata merah - RM0.35 satu (tak pakai utk rumah ini -utk info)
  • Pasir kasar - RM 40 satu ela
  • Pasir halus - RM 45 satu ela
  • Batu aggregate 3/4" - RM 45 satu ela
  • Besi Y 10mm (40 kaki) - RM 18 sekaki
  • Besi Y 12mm (40 kaki) - RM 24 sekaki
  • Besi R 6mm (40 kaki) - RM 6.50 sekaki
  • Besi BRC A65 - RM 15.90 satu gulung
  • Tiang konkrit saip bancuh(4"X4"x12') - RM 3.30 sekaki
  • Tiang Roman 9' - RM 10 sekaki (tak pakai utk rumah ini -utk info)
  • Dawai bata - RM 6.80 satu gulung
  • Dawai ikat besi - RM 15 satu gulung
  • Bata bunga lubang angin - RM 2 satu
  • U drain (tanah liat) - RM 4.10 sekeping
Kerja-kerja kayu ( formwork)
  • Plywood(4'X8'X12") - RM 44- 76 sekeping
  • Kayu 2"X1"X8' - RM 9.90 satu
  • Kayu 2"X1"X10' - RM 11.00 satu
  • Kayu 2"X3"X8' - RM 14.71 satu
  • Kayu 2"X3"X10' - RM 19.06 satu
  • Kayu 2"X3"X12' - RM 26.44 satu
  • Kayu 4"X4" - RM13 sekaki
  • Kayu 2"X5" - RM3.50 sekaki
  • Paku 2 " - RM 4.96 /kg
Kerja-kerja atap
  • Main truss besi 3"X1.5"(kekuda) (20 kaki) - RM 23 sebatang
  • Purlin truss besi bumbung (20 kaki) - RM 13.50 sebatang
  • Roof corrugated metal sheet (lebar 2.5 kaki) - RM 3.30-4.30 sekaki panjang
  • Rabung atap (8.5 kaki) - RM 26 sekeping
  • Zink licin (lurah atap laluan air hujan) - RM 3.60 sekaki
  • Skru atap - RM 35 sekotak
  • L bracket - RM 1.50 satu
  • Papan facial board (12 kaki) - RM 22 sekeping
  • Mesin Grinder pemotong besi - RM 190
  • Gentool Cutter pemotong besi - RM 160
  • Disc cutter - RM 2 satu
Lain lain
  • Wheel barrow - RM 70 satu
  • Frame pintu besi 34"- RM 55 satu
  • Frame pintu besi 54" - RM 65 satu
  • Pintu Panel kayu 34"- RM 175 satu
  • Pintu Panel kayu 54"- RM 360 satu
  • Pintu bilik air (model baru jenis sliding) -RM 380 satu
  • Tanah merah - RM 25 satu ela
  • Tangki septik - RM 920 satu
Rujukan harga-harga ini dapat memudahkan kerja-kerja pengiraan anggaran kos sesebuah rumah.
Contoh kalau anggaran jumlah bata yang diperlukan ialah 16,000 biji maka kosnya cuma darab dengan harga sebiji RM0.21 = RM 3360. Jadi sediakan budget ini. Begitulah juga pada setiap kerja-kerja yang lain. Cara nak kira semua itu , kita kena bincang kemudian kut.
Bagi kos kerja-kerja upah cuma kira jumlah anggaran hari boleh siap kerja darab dengan kos pekerja sehari. Katakan kos pekerja sehari = RM 390 dan mereka boleh siapkan pembinaan rumah dalam anggaran 113 hari maka jumlah kos upah pekerja = 390X113 = RM 44,070 (CONTOH )

Harga keseluruhan rumah ini termasuk kos
  • Beli barang - RM 80081
  • Upah pekerja - RM 44370
  • Ukur tanah - RM 350
  • Bersih tapak rumah -RM 1750
  • Sub kerja wiring - RM 4800 (murah la kerana harga kawan2) biasa depa charge RM 7000 keatas
  • Sub kerja siling - RM 6700 ( kira murah juga )
  • Sub kerja pasang tile lantai - RM 2500 ( harga kawan2 juga)
  • Beli mixer konkrit - RM 2150 ( termasuk sewa lori RM 350 - dari Ipoh ke Penang)
  • Lain-lain upah - RM 100
So kiralah berapa? Jumlah nya ialah RM 142,801 
Harga kontraktor letak ? RM 190,000 jadi berapa beza jimat ? RM 47,199
Sebenarnya harga boleh jimat lagi kalau beli barang aksesori yang lebih murah tapi dah ada budget hentam saja lah.

Harap maklum harga bahan binaan ini adalah pada harga semasa dipasaran Pulau Pinang pada bulan Mei - November 2010Mungkin harga semasa sekarang sudah berubah.

Jangan Ambil Minuman @ Makanan dari Orang yang Tidak DIkenali



Satu taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.

Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali, lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.

Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa.

5 Fakta mengenai rambut beruban


Sebut sahaja rambut beruban, pelbagai fakta yang dipersoalkan dikalangan masyarakat. Ada yang mengatakan rambut yang cepat beruban adalah disebabkan penuaan malah ada juga mengatakan disebabkan faktor keturunan.


Rambut akan menjadi beruban setelah sel-sel melanosit di folikel rambut berhenti menghasilkan pigmen warna. Melanin rambut terdiri dari dua jenis iaitu eumelanin yang berwarna coklat tua atau hitam dan pheomelanin yang berwarna kuning atau merah. Konsentrasi dan kombinasi keduanya dalam berbeza menciptakan spektrum yang luas dari warna rambut manusia, dari hitam pekat sampai berwarna perang terang. Rambut yang telah kehilangan sebahagian besar melanin akan berwarna seperti abu-abu, rambut yang telah kehilangan semua pigmen itu akan berwarna putih. Proses kehilangan melanin ini biasanya berperingkat. 

1) Rambut Beruban disebabkan oleh faktor penuaan Sel-sel kulit akan menghasilkan sejumlah kecil hydrogen peroksida dari siklus oksigen di tubuh. Penuaan menyebabkan produksi enzim katalase berkurangan dan mengganggu produksi melanin. Namun demikian, lebih cepat memiliki rambut beruban tidak bermaksud lebih cepat tua. Sebuah penelitian pada sekitar 1,200 orang di Rancho Bernardo, California, misalnya, menunjukkan bahawa pertumbuhan uban tidak berkaitan dengan tingkat kepadatan tulang di usia lanjut. 

2)Faktor keturunan Keturunan juga dijadikan antara faktor rambut beruban.Kadangkala pertumbuhan uban lebih cepat dari orang yang berusia . 

3)Stress boleh menyebabkan rambut beruban Ketidakseimbangan hormon atau stress juga dapat mempengaruhi gaya hidup dan boleh memiliki rambut beruban dengan cepat. 

4)Kekurangan nutrisi Kekurangan zat serta nutrisi dalam badan juga boleh mempengaruhi. Perubahan warna rambut kerana kekurangan nutrisi biasanya bersifat reversibel. Jika masalahnya diperbaiki, warna rambut akan kembali normal. 

5)Mencabut rambut beruban tidak menyebabkan ianya menjadi banyak Berlawanan dengan kepercayaan umum, mencabut rambut beruban tidak akan membuat lebih banyak rambut beruban yang tumbuh menggantikannya. Yang biasanya terjadi adalah rambut anda sudah dalam proses beruban dan ada tunas-tunas baru di sebelah rambut yang dicabut. Setelah rambut beruban dicabut, mereka seperti tumbuh untuk menggantikannya dalam jumlah yang lebih banyak.

Isnin, 1 Oktober 2012

Siswa Bukan Dalam Kategori Penerima BR1M - Kementerian Kewangan


KUALA LUMPUR: Pejabat Menteri Kewangan pada Isnin menjelaskan bahawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.
Pelajar IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar diseluruh negara, demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan pada Isnin.
"Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta," menurut kenyataan itu.
Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar pada Isnin berhubung pemberian BR1M 2.0, yang menyebut bahawa golongan siswazah dan penganggur yangtidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas, layak menerima bantuan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat lepas memaklumkan bahawa di bawah projek BR1M 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500.
Bantuan itu kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, dan mereka layak menerima bantuan sebanyak RM250. - BERNAMA

Jumaat, 28 September 2012

Keputusan ATM vs Negeri Sembilan 28 September 2012 suku akhir 1 Piala Malaysia

Keputusan ATM vs Negeri Sembilan 28 September 2012 suku akhir 1 Piala Malaysia


Keputusan terkini ATM vs Negeri Sembilan  suku akhir 1


Piala Malaysia 28.9.2012



Masa Perlawanan   Tuan Rumah      Jaringan(VS)PelawatStatus


8.45 mlm

ATM

3 – 2

Negeri Sembilan

 Keputusan Penuh



Jaringan gol ATM : Christie Jayaseelan (minit 56),Bruno Martelotto (minit 61),Hairuddin Omar (minit 80)

Jaringan gol Negeri Sembilan : Firdaus Azizul (minit 74),Shakir Ali (minit 89)


Jumlah Hutang Kerajaan Malaysia Tahun 2007 – September 2012?


Jumlah Hutang Kerajaan Malaysia Tahun 2007 – September 2012?

  1. Hutang Malaysia 2007 : RM247 bilion
  2. Hutang Malaysia 2011 : RM421 bilion (Laporan : Hutang Negara Mencecah RM437.2 Bilion @ 52.7% Daripada KDNK. Bakal Cecah RM1 Trillion Tahun 2020)
  3. Hutang Malaysia Mac 2012 : RM456.1 Bilion. (Laporan : Menteri kata jangan risau, tidak pelru bimbang)
  4. Jun 2012 : RM470.76 Bilion (Laporan : Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!)
  5. September 2012 (terkini): RM476.68 bilion : (Laporan hari ini)

55 perkara dalam Bajet 2013 Malaysia (Budget 2013)


Pembentangan Bajet 2013 Malaysia

  • Tarikh : 28 September 2012
  • Masa : 3.00 petang – 6.00 petang
  • Lokasi : Dewan Rakyat
  • Pembentang : Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia) 
Initipati Pembentangan Bajet 2013 Malaysia : Butiran Lengkap
  • Tema Bajet 2013 : “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”
  • Jumlah Bajet 2013 : RM251.6 bilion
  • Perbelanjaan Operasi Bajet 2013: RM201.9 bilion
  • Perbelanjaan Pembangunan Bajet 2013 : RM49.7 bilion

Maklumat Umum Pembentangan Bajet 2012 Malaysia

  • Pendapatan per kapita negara : RM31,000
  • Rizab antarabangsa :  RM432.2 bilion.
  • Hasil kerajaan 2013 dijangka : RM208.6 bilion
  • Hasil kerajaan 2012 : RM207 bilion
  • Defisit kerajaan 2013 dijangka : 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012
  • Defisit kerajaan 2012 : 4.5%

Kandungan Penting Pembentangan Bajet 2013 Malaysia?

  1. Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
  2. Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
  3. Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
  4. Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  5. Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
  6. RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
  7. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
  8. Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
  9. Industri halal
  10. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
  11. Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.
  12. Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.
  13. Petani, nelayan & penjaja kecil
  14. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
  15. Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
  16. Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.
  17. Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.
  18. Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.
  19. Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  20. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
  21. RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
  22. Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  23. Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
  24. Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).
  25. DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  26. Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  27. Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
  28. Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  29. Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
  30. RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
  31. Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.
  32. Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.
  33. Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.
  34. Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.
  35. Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
  36. Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.
  37. Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.
  38. Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.
  39. SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).
  40. Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
  41. Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
  42. Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.
  43. Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.
  44. Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.
  45. Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.
  46. Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
  47. Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.
  48. Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.
  49. Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.
  50. Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
  51. Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.
  52. Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
  53. Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).
  54. Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten
  55. Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam